Wednesday, April 15, 2015

#PRKRompin : 4 Nama Disebut Calon BN Di Rompin

pilihanraya kini     3:42 PM    


Menurut desas desus di peringkat bawah, empat nama tersebut terdiri daripada dua nama daripada kalangan pemimpin UMNO dan dua lagi nama adalah daripada anak muda dan NGO.
Di pihak  UMNO Bahagian Rompin, mereka  hanya mahu ahli jawatankuasa bahagian itu dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei depan.
Pemangku Ketuanya, Datuk Hasan Arifin berkata bahagian itu sebulat suara memutuskan untuk menolak mana-mana calon luar yang dicalonkan atas tiket BN.
“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan calon BN. Namun, pemilihan hendaklah dalam kalangan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Rompin,” katanya.hassan1
Nama Datuk Hassan Ariffin adalah yang paling disebut sebut kerana beliau adalah orang kepercayaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lama berkhidmat dengan arwah.
Pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang dan punyai pengaruh yang kuat. Pencalonan Datuk Hasaan dijangka bakal memberi impak kemenangan besar yang hampir sama seperti mana pada PRU13.
Sementara itu, di kalangan anak muda mereka menyebut nama Johari Awang Sazali, bekas Setiausaha Sulit Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebagai bakal calon untuk BN di Rompin.
Johari pernah dilatih dan berkhidmat dengan Tan Sri JJ. Johari adajohari1lah bekas pegawai Biro Tatanegara negeri Pahang. Beliau punyai networking yang luas di kalangan pemuda UMNO Bahagian Rompin dan NGO NGO di Rompin.
Masih berusia 30-an dan merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, UNIVERSITI Sains Malaysia pada tahun 2005.
Di peringkat Aspirasi Nasional, rasanya tiada masalah untuk menyokong pencalonan Johari kerana Ketua Pemuda Pahang sekarang iaitu Sahar Abdullah juga adalah bekas pemimpin pelajar sebelum menjadi Ketua Pemuda di Indera Makhkota.
Di peringkat pusat, YB  Khairy Jamaluddin tanpa lagi berselindung secara terbuka menyatakan sokongan kepada Sahfri, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia untuk menjadi calon BN di Rompin.
Melalui laman sosial Twitternya membayangkan nama calon PRK Parlimen Rompin yang dicadangkan merupakan anak tempatan daerah itu selain pemimpin kanan Pemuda Umno.
saffri2Susulan kenyataan Khairy, penduduk Rompin beranggapan bahawa calon yang dibayangkan itu adalah bekas Ketua Pemuda Umno Rompin, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz.
Mohamad Sahfri yang dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berkaitan Twitter Khairy itu dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan dalam menentukan siapa calon yang bakal bertanding pada PRK Parlimen Rompin 5 Mei depan.
Beliau yang berasal dari Felda Keratong 2, Muadzam Shah sebelum ini pernah menjadi Adun Bukit Ibam selama dua penggal bermula tahun 2004 hingga 2013 dan tidak dipilih sebagai calon sewaktu PRU13 lalu yang diganti Setiausaha Umno Bahagian Rompin, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.
Kini Sahfri dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Umno juga pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin sejak 2004 hingga 2013.fadli Sahfri dulu pernah disebu sebut juga sebagai bakal MB Pahang ketika zaman Pak Lah.
Seorang lagi calon anak muda dan NGO yang disebut adalah Fadli Ismail, seorang aktivis NGO dalam GPMS. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang Fadli, namun beliau dikatakan amat popular di kalangan GPMS dan belia.
Mempunyai hubungan baik dengan bekas bekas pelajar UNIVERSITI dan sering membuat program program bakti dan kemasyarakatan di Rompin.
Nampaknya, Barisan Nasional tidak ketandusan calon yang berkebolehan, berpengalaman dan anak muda di Rompin.
PAS sudah senaraikan tiga nama untuk menjadi calon di Rompin. Salah seorang calon yang dipertimbangkan adalah bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh yang bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013, tetapi tewas.
Difahamkan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad merupakan seorang lagi nama yang turut dipertimbangkan sebagai calon. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa seorang wanita dalam senarai itu dengan sekurang-kurangnya dua calon lain.
Rakyat Rompin sudah pandai menilai, parti mana yang harus dipilih untuk kebajikan mereka. Sudah pasti “bulan dan bintang” PAS tidak akan memperdayakan mereka di Rompin nanti.
-TV14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.