Thursday, April 30, 2015

#PrkRompin : 5 Mei Cuti Peristiwa

pilihanraya kini     12:30 AM    



Rompin: Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan 5 Mei sebagai cuti peristiwa sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikannya, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan negeri bersimpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi pengundi memandangkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja.

Seramai 52,744 pengundi akan menunaikan tanggungjawab pada hari itu.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad.

Pada pilihan raya umum ke-13, penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu, menewaskan bekas ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/47249#sthash.wE4GySJQ.dpuf

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.