Wednesday, April 29, 2015

#PRKRompin : 545 pemilih mengundi awal

pilihanraya kini     11:14 AM    



Seramai 545 pemilih terdiri daripada pegawai dan anggota keselamatan serta pasangan mereka akan mengundi awal di empat pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, pada Khamis ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pusat berkenaan adalah Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin yang proses pengundiannya bermula pada 8 pagi sehingga 5 petang.

"Pusat pengundian di bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Pulau Tioman akan dibuka mulai pada 8 pagi sehingga 2 petang.

"Daftar pemilih digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2013 Parlimen Rompin yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun 2014 yang dikemaskini sehingga 4 April 2015, ia membabitkan 53,294 pemilih terdiri 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal manakala lima orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kertas undi berkenaan hanya dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi ditetapkan SPR.

Sumber: HM

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.