Thursday, April 23, 2015

#PrkRompin : Adakah Isu Biasa Akan Dijadikan Modal di Rompin??

pilihanraya kini     7:26 PM    



Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin adalah petunjuk kezaliman serta pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin PAS terhadap rakyat yang mana selama ini sentiasa berbohong dalam banyak isu.


PRK itu merupakan peluang yang diberikan Allah kepada penduduk Rompin menghantar isyarat kepada pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah penderitaan rakyat. Dan tekanan rakyat melalui janji serta penipuan yang mereka lakukan.

Sebagaimana biasa jika berlakunya PRK pembangkang akan mula mencari isu yang menyebabkan PRK berlaku. Sejak dahulu lagi pembangkang akan mengaitkan kutukan Allah terhadap UMNO/ BN berikutan kejadian yang berlaku.

Ini lah modal yang biasa sangat kita dengar. Kalau bukan pembohongan dilakukan bukan lah namanya pembangkang. Buktinya sudah terlalu banyak.

Rata rata mereka akan menjadikan sistem percukaian GST adalah kutukan tanpa keizinan Allah untuk dilaksanakan dan akan terus menghasut rakyat agar melakukan penentangan melalui kertas undi.

Tetapi disatu sudut yang lain pula pembangkang seakan sudah lupa bahawa kenaiakn cukai sehingga berates kali ganda di negeri pakatan langsung tidak dihiraukan sama sekali. Mereka merestuinya, mereka tidak melihat kenaiakan beratus kali ganda itu satu bebanan.

Diantara isu lain yang akan dimuatnaikan sudah pastinya keburukan orang yang sudah meninggal, ini juga merupakan taktik yang biasa digunakan untuk meraih simpati dan undi atas pagar.

Seharusnya rakyat rompin akan lebih bijak menggunakan peluang yang akan untuk mengajar pembangkang bahawa bukan setiap isu tersebut boleh dijadikan isu, Mengajar pembangkang agar jangan asyik bijak berkata sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar. Pengundian awal akan diadakan pada 30 April dan pengundian pada 5 Mei.

-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.