Friday, April 24, 2015

#PrkRompin : Apabila Penghafal Al Quran Berbohong

pilihanraya kini     1:18 PM    




Terlalu banyak kelebihan bagi sesiapa sahaja orang Islam yang boleh membaca Al Quran. Malah fadhilat yang Allah swt berikan berbeza mengikut tahap yang berbeza sesuai dengan kesungguhan hambaNya terhadap Kitab Wahyu Ilahi ini.

Paling tinggi darjat bagi yang menjadikan Al Quran sebagai amalan harian adalah HAFIZ, iaitu penghafal 30 juzuk Al Quran. Kerana Allah swt akan ganjarkan kepadanya ‘kebal’ dari api neraka malah ada hadis mengatakan bahawa mereka boleh memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga yang terdekat yang menjadi ahli neraka(yang tidak syirik) dengan izin Allah.

Bayangkan, bagaimana akhlak manusia mukmin yang lidahnya dibasahi oleh Al Quran, mukjizat paling hebat yang pernah Allah swt berikan kepada Nabi Muhammad saw. Mukjizat yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi a.s sebelum ini.

Malang sekali, di Rompin, Calon Pas yang bertanding adalah seorang Hafiz yang berbohong!

Beliau berbohong apabila turut sama bersekongkol dengan Ketua Penerangan Pas tentang isu cukai GST. Apakah benar kerajaan Malaysia akan batalkan GST kiranya Pas menang di Rompin? Pembohongan ini nampaknya berterusan dalam sistem parti yang menggunakan nama Islam sebagai label mengaut kemewahan duniawi dan kuasa.

Sama juga dengan Ketua Penerangan Pas, khabarnya lulusan dari Timur Tengah bahagian Syariah..yakinkah anda beliau jujur dalam mengejar kelulusan di semua peringkat pengajian? Atau apakah itu ilmu yang dituntut di Timur Tengah? Ilmu menipu !!

Cuba renungkan seketika, seorang penghafal Quran hidupnya penuh dengan pembohongan dan tidak tersedik dihatinya betapa beliau bergelumang dengan dosa yang besar?

Benarlah kata Ulama muktabar, di kalangan manusia adanya Iblis dan di kalangan iblis tiada manusia!! Cukup-cukuplah mencari sesuap nasi untuk diri, isteri dan anak-anak dengan hasil berbohong, haram tu !

Sekali tengok, lebih baik Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Penerangan Pas yang dahulu, sebodoh beliau dengan berbekalkan sijil SRP pun tak sanggup menipu pengundi sehingga ke tahap ini. Ahli Pas tertipu dengan kelulusan pemimpin mereka..patutlah wujud kumpulan PasMa menentang kumpulan ulama penipu, mereka hanya ulama gelaran parti !!


Sumber : 

POSTED BY 



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.