Thursday, April 30, 2015

#PrkRompin : Bendera DAP dan PKR Tidak Kelihatan

pilihanraya kini     9:00 AM    



Di dalam setiap pilihanraya bendera adalah salah satu elemen perang saraf bagi memperlihatkan kekuatan parti dengan pelbagai strategi memenangi hati pengundi.PRK Rompin tidak terkecuali dengan warna biru dan hijau mula menghiasi lokasi penting bagi menarik perhatian pengundi.Dalam keghairahan sewaktu kempen sekarang masih belum kelihatan bendera PKR dan DAP .

Apakah interpretasi dari fenomena yang jarang kelihatan semenjak Pakatan Rakyat berjuang didalam pilihanraya sebelum ini.Kenapa lansung hampir tiada bendera PKR dan DAP ? Siapa yang memperalatkan siapa sekarang.Cuma penceramah dari PKR yang terhegeh-hegeh berceramah di atas PAS.Itupun berapa kerat sahaja yang hadir memberikan ceramah diantaranya Dato Fauzi Abd.Rahman dan Nizam Ahmad mewakili PKR Pahang sementara kemarin Badrul Amin yang penuh dengan kontreversi kes khalwat dibawa berceramah.

Nama nama besar PKR tentunya selesa berkempen di Permatang Pauh bagi memenangkan calon PKR Dr Wan Azizah.Apakah mereka tidak dijemput oleh PAS..? Beginilah nasib seperti apa yang dikatakan tidur sebantal mimpi lain lain...tunggu masa dan ketika Pakatan Rakyat pasti berkubur dan Rompin adalah batu nesan yang bakal meninggalkan kenangan yang cukup pahit untuk di telan oleh Pakatan Rakyat...astalavista ...baybeh..!

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.