Saturday, April 25, 2015

#PrkRompin : Ceramah Pas Diarah Berhenti Berikutan Tiada Permit

pilihanraya kini     1:18 PM    


ROMPIN, 24 April – Dalam keterujaan PAS berceramah dalam Pilihanraya Kecil Rompin, mereka dilihat gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Kali ini mereka lupa memohon permit yang sepatutnya untuk berceramah. Oleh itu pihak Majlis Daerah Rompin, pihak polis dan SPR telah bertindak menghentikan ceramah PAS di Rompin.
Menurut sumber, ceramah PAS kali ini fokus kepada isu Fitnah yang dilemparkan oleh Mahathir.
“jika tuan2 nak tahu…bekas perdana menteri kesayangan kita,Tun Dr Mahathir sekarang telah menjadi ketua pembangkang Malaysia. Buktinya beliau begitu berani mempertikaikan kemana RM 42billion hari ini di media masa.”
Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad merupakan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.  Beliau kononnya memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Nazri  yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin pernah menjadi guru Al-Quran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah yang merupakan antara MRSM tercorot dalam senarai.
Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar dan guru Al-Quran tidak menghalang Nazri untuk berbohong, menipu dan memfitnah kerajaan dalam beberapa siri ceramah beliau.
Beliau berbohong apabila turut sama bersekongkol dengan Ketua Penerangan Pas tentang isu cukai GST. Apakah benar kerajaan Malaysia akan batalkan GST kiranya Pas menang di Rompin? Pembohongan ini nampaknya berterusan dalam sistem parti yang menggunakan nama Islam sebagai label mengaut kemewahan duniawi dan kuasa.
Dalam masa dua minggu ini kita akan terus melihat pembohongan guru Al Quran ini.  Biar rakyat mengadili pembohongan mereka. Tugas kami hanya membongkar fitnah yang dilemparkan oleh Nazri Ahmad dalam semua siri ceramah beliau.

kfc1
kfc3

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.