Saturday, April 25, 2015

#PrkRompin : Cerita Di Rompin

pilihanraya kini     12:34 PM    


* Perang Poster dan bendera parti bertanding sudah mula kelihatan. Bandar Kuala Rompin sudah mulai meriah dengan warna biru (Barisan Nasional) dan Hijau (PAS)

* Agak menyedihkan bila melihat kanak-kanak seusia 10 tahun mengambil upah memasang bendera dan sepanduk parti-parti yang bertanding.

* Keluasan Parlimen Rompin ini menyukarkan petugas media Pilihanraya untuk membuat liputan keseluruhan tentang polar pemilihan pengundi di kawasan ini.

* Terdapat satu mini karnival di Pantai Hiburan di Kuala Rompin ini dengan menyajikan mini konsert setiap malam dan gerai-gerai jualan. Menariknya, aktiviti ini bermula 21hb April yang lepas dan hanya akan berakhir pada 5hb Mei ini. Hmmm peluang peniaga untuk menjana pendapatan sempena Pilihanraya kecil kali ini.

* Bagi orang luar yang berkunjung ke Rompin kali ini, hanya 2 menu utama yang menjadi perhatian dan sentiasa di serbu. Ikan bakar kuah asam dan juga Raja Udang air tawar, Udang Galah.

* Jangan ingat Rompin agak terkebelakang dari segi minat terhadap permotoran. Selain mat rempit yang seperti biasa kita lihat, aktiviti lumba haram kereta juga boleh di lihat. Hebatkan?

* 2 benda yang agak sukar di lihat di sini. malah boleh dikatakan tiada langsung (mungkin terlepas pandang). 1 jualan CD haram. 2. Pusat karaoke.

* Pernah lihat 7 eleven kehabisan stok dalam kedai? Di Kuala Rompin anda boleh lihat situasi ini.

Sumber : http://jackysparrow.blogspot.com/2015/04/corat-coret-prk-rompin-hari-ke-4.html



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.