Wednesday, April 22, 2015

#PrkRompin : "Cucu Mat Kilau Langgar Syarat"

pilihanraya kini     2:27 PM    




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima borang pencalonan Mohd Shukri Mohd Ramli sebagai calon Bebas kerana tidak menyerahkan penyata perbelanjaan ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Mohd Shukri atau komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara lapan calon Dun dan empat calon Parlimen yang melanggar syarat untuk menyerahkan penyata perbelanjaan berkenaan dalam tempoh sebulan selepas keputusan PRU13 diwartakan.

"Bagi calon Parlimen, mereka perlu mengemukakan penyata untuk membuktikan perbelanjaan semasa kempen tidak melebihi RM200,000 dan calon Dun (tidak melebihi RM100,000). Jika mereka gagal, mereka tidak dibenarkan bertanding pada mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini boleh mencapai sasaran iaitu 80 peratus meskipun hari pengundian pada 5 Mei adalah hari berkerja.

Beliau berkata, ia berdasarkan jumlah 86 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi Parlimen Rompin pada PRU13.

"Pengundi berdaftar diminta menyemak maklumat seperti pusat mengundi, nombor siri dan saluran bagi memudahkan proses pengundian pada 5 Mei depan antaranya dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 0388927000 atau Pejabat SPR Pahang (095165025).

"Mereka juga boleh menyemak di laman web.www.spr.gov.my dengan memasukkan nombor MyKad dan sms (SPR no MyKad dan hantar ke 15888, katanya.


Sumber : Sinar 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.