Tuesday, April 28, 2015

#PrkRompin : DAP Tidak Memberi Bantuan Secara Aktif

pilihanraya kini     12:09 PM    



PAS mendakwa dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ekoran jumlah kecil pengundi Cina di kawasan itu, lapor akhbar Berita Harian hari ini.

Naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, walaupun DAP tidak memainkan peranan secara aktif dalam PRK itu namun pimpinan parti tersebut ada mengadakan kunjungan terus bertemu pengundi. 

“Pemimpin PKR ada bantu kita… DAP pula, ada pemimpinnya datang pada hari penamaan calon tempoh hari, tetapi tidak kelihatan (waktu kempen) kerana DAP tiada cawangan di sini.

“Bagaimanapun, ada pemimpinnya bertemu terus dengan pengundi kaum Cina yang jumlahnya tidak begitu ramai,” beliau dipetik berkata akhbar itu.

Semalam, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkeyakinan parti Islam itu akan memenangi PRK Rompin dengan isu rakyat yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini.

Katanya, kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka menjelaskan isu-isu yang membabitkan rakyat dan negara.

"Sudah tentu kita yakin capai kemenangan di Rompin. Ini peluang terbaik kita untuk perjelaskan kesan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan isu kejatuhan saham FGV (Felda Goobal Ventures) yang semakin menekan rakyat, khususnya peneroka Felda. 

"Di Rompin ada 15 Felda," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kempen PAS kali ini tidak boleh dikatakan "isu dibangkitkan pembangkang" kerana ia turut disuarakan negarawan seperti Dr Mahathir.

"Ini masa terbaik, kerana kali ini GST dipromosikan sendiri oleh Dr Mahathir. Jadi, lebih mudah untuk kita dekati masyarakat di sana. Halangan tidak ada lagi.

“Halangan 'hujah pembangkang' itu tidak ada lagi kerana ia benar-benar jadi isu rakyat dan diperjuangkan sendiri oleh bekas perdana menteri," katanya dalam Sinar Harian. 


Sinar harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.