Thursday, April 23, 2015

#PrkRompin : GST Tak Terkesan Orang Kampung - Hassan

pilihanraya kini     6:57 PM    




KERATONG : Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan orang kampung, kata calon Barisan Nasional (BN) PRK Rompin, Datuk Hassan Ariffin.

Katanya, orang kampung hanya akan merasa kesan GST apabila ke bandar untuk berbelanja.

“GST ini tidak ada kesan sangat kepada orang kampung melainkan mereka ke bandar membeli barang dan baju..itu baru ada kesan.

“Restoran-restoran di Rompin mana ada jualannya RM500,000 setahun. Tak banyak. Di Rompin, mana ada kedai-kedai mencapai jualan begitu tinggi sebab luar bandar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 pada Khamis.

Hassan yakin akan menang dan mempertahankan kerusi Parlimen Rompin kerana beliau pemimpin yang buat kerja.

“Sepanjang saya menjadi wakil rakyat dahulu, saya tidak ada dengar orang merungut saya tidak membuat kerja.

“Itu yang menggembirakan saya dan membuatkan saya bersemangat untuk menjadi seorang wakil rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hassan membidas calon Pas, Nazri Ahmad, yang menggunakan slogan ‘satu undi Pas, tolak GST.

“Itu satu slogan yang tidak bertanggungjawab. Ini soal untuk pilih wakil rakyat. Kalau wakil rakyat tidak mampu untuk mengemukakan pandangan kepada kerajaan, ini bermakna (calon) Pas tidak mampu memainkan peranan,” katanya.

Sumber : FMT


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.