Friday, April 10, 2015

#PRKRompin : Hari Mengundi Ditetapkan Pada 5 Mei 2015

pilihanraya kini     4:03 PM    





Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin telah ditetapkan pada 5 Mei ini dan penamaan calon akan berlangsung pada 22 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh itu selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas SPR berkenaan Parlimen itu di Putrajaya hari ini.
PRK Rompin adalah PRK kesepuluh bagi penggan Parlimen ke-13.

MENARIK – Gelanggang PRK Permatang Pauh, Hari Mengundi Pada 7 Mei

Pada 7 Mei, pengundian telah ditetapkan SPR untuk PRK Parlimen Permatang Pauh dengan penamaan calon di sana ialah pada 25 April. Ia merupakan PRK kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang diadakan pada 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah meninggal dunia pada 4 April lepas dalam satu nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, Kajang. Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Bagi PRK Permatang Pauh pula, penyangdang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana dikekalkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan. Mahkamah menolak rayuan pembelaan Anwar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman berkenaan ke atasnya.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.