Monday, April 27, 2015

#PrkRompin : Himpunan Selamatkan felda Anjuran Pas Gagal

pilihanraya kini     10:32 AM    



Keratong 4 : Berikutan tidak mendapat sambutan dari penduduk FELDA, penutup Himpunan ANAK Selamatkan FELDA 2.0 yang dijalankan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) dibatalkan serta-merta, menurut dakwaan penduduk Felda Keratong 4.
jikalau malam tadi dataran yang sama dihadiri hampir 1000 orang, tinjauan wartawan kami ke lokasi yang sama tgh hari tadi ke lokasi mendapati gerai jualan yang dibuka telah dikemas dan tidak kelihatan kehadiran penduduk-penduduk FELDA dari Keratong 1, 2, 3 atau 4.


IMG-20150426-WA0119

IMG-20150426-WA0118
Padang di keratong 4
Jikalau malam tadi penganjur menyatakan Timbalan Presiden Pas Tn hj Mohammad Sabu dijangka akan menghadiri program berkenaan dan sekaligus menutup program berkenaan, Malahan beberapa pemimpin dari PKR seperti Sivarasa dan beberapa pemimpin politik Pakatan rakyat  akan turut hadir Ke program berkenaan. Sehingga jam 2 petang langsung tiada kelibat pemimpin dan peserta di tapak berkenaan.
Himpunan yang bermula pada semalam (25 Mei) dilihat tidak mampu menyatakan matlamat sebenar himpunan tersebut diadakan yang menyebabkan penduduk Keratong tidak memahami tujuan sebenar himpunan terbabit diadakan.
Malah, pentas ceramah juga dipenuhi dengan ceramah berunsur serangan peribadi kepada Pengerusi Besar FELDA, Tan Sri Isa Samad.
Sumber : http://www.tv14.my/2015/04/26/himpunan-selamatkan-felda-anjuran-pas-gagal/

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.