Thursday, April 23, 2015

#PrkRompin : Hudud Modal PAS di Rompin?

pilihanraya kini     7:21 PM    





PAS yang kini dalam perjuangan untuk melaksanakan hudud, seboleh-bolehnya mahu menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin bagi membantu parti itu melaksanakan undang-undang Islam itu di Kelantan.

Malah jika calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad menang di situ, ia pasti akan menguatkan suara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen yang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Notis usul membentangkan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) telah pun diserahkan oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas.

Dalam keadaan ini, PAS nyata tidak memerlukan undi kaum Cina ataupun Orang Asli pada PRK Rompin ini, kerana satu kerusi Rompin ini, jika dipegang oleh PAS pasti akan memperkuatkan suara Abdul Hadi yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Sokongan kepada Abdul Hadi itu amat diperlukan oleh Presiden PAS ketika parti berkenaan mendapat tentangan hebat daripada gabungan Pakatan Rakyat yang tidak pernah bersetuju hukum hudud dijalankan.

Malah awal-awal lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk mengemukakan rang undang-undang itu akan ditentang sekeras-kerasnya.

Jika PAS yang selama ini berhujah bahawa pakatan pembangkang tidak akan menjadi kuat tanpa sokongannya, maka kali ini, mereka perlu mengambil peluang yang ada untuk ketika ini, dengan isu hudud yang semakin panas, untuk menghukum PKR dan DAP.

Beri pengajaran kepada PKR dan DAP, tunjukkan sama ada mereka mampu meraihkan sokongan ketika PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei ini, apatah lagi ketika PAS mempunyai sokongan padu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, yang terletak bawah Parlimen Permatang Pauh.

Sebagai kubu kuat PAS dengan hampir 12,000 penyokong, pastinya Permatang Pasir menjadi deposit tetap kepada PKR.

Gunakanlah peluang yang ada untuk menghukum rakan yang tidak setia yang terang-terang menolak pelaksanaan hukum hudud.

Sumber : http://www.tv14.my/2015/04/23/pas-mahu-menang-di-rompin-demi-hudud/

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.