Friday, April 24, 2015

#PrkRompin : Isu Felda Jadi Peluru Pembangkang

pilihanraya kini     12:44 PM    



Kebanyakan isu-isu berkaitan FELDA yang sedang dan akan dibangkitkan parti pembangkang sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin merupakan isu kitar semula, kata Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.

“PRK kali ini, isu-isu lama yang tiga taktu PRU-13 yang kita sudah jawab, dibangkitkan semula untuk menghadapi PRk Rompin,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Dewan di FELDA Keratong 10, di sini semalam.

Antara isu yang dikitar semula itu kata Isa Samad termasuklah isu FGV, harga saham turun, isu perumahan untuk generasi baru FELDA dan sebagainya mencerminkan kedangkalan akal pihak pembangkang.

“Mereka ini, bukan ada akal yang panjang sangat, tapi akal membelit lebih panjang yang ada. Isu pertama yang dimainkan adalah isu saham, mengatakan tidak ada guna penyenaraian saham FGV dalam Bursa Saham.

“Isu kedua, bila harga saham turun, PAS terutamanya mula masuk jarum racun warga FELDA mengatakan peneroka-peneroka sudah mengalami kerugian walhal tidak.

“Yang ketiga adalah isu rumah untuk generasi baru FELDA. Baru-baru ini kita sudah lancarkan rumah konsep sewa beli kepada warga belia FELDA sehingga mereka menjadi stabil. Kerajaan sudah berikhtiar memberikan cara terbaik buat warga FELDA.

“Jadi, bila kita menghadapi isu-isu atau tohmahan fitnah ini, kita sudah jelaskan terperinci. Tetapi bagi mereka yang tak faham, akan terpengaruh,” katanya.

Menurut Isa Samad lagi, isu-isu kitar semula yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang lebih bermotifkan untuk memancing undi dari warga FELDA kerana jumlah terbesar pengundi datangnya dari tanah rancangan FELDA.

“Mereka lakukan seperti ini adalah sebab FELDA ada ramai pengundi. Separuh dari 53,000 pengundi adalah warga FELDA. Jadi, mereka gunakan cara ini, fitnah dan sebagainya untuk tarik jumlah undi,” tegas Isa Samad.

 – SuaraTV


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.