Saturday, April 25, 2015

#PRKRompin: Jasa Tan Sri Jamaludin Akan Terus Diingati

pilihanraya kini     1:36 PM    



Seiring pembangunan di Rompin.

Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis juga amat menitik beratkan soal pendidikan; khususnya di kalangan orang asli.

Menurut Timbalan Naib Cancelor Uniten- Prof.Dr. Mohd Zamri Yusoff yang berkesempatan menemui allahyarham sehari sebelum terlibat dalam nahas helikopter, Tan Sri Jamaludin mahu beliau mewujudkan semula program pengambilan pelajar melibatkan orang asli.

Nurita Rahim merupakan bekas pelajar kumpulan pertama anak orang asli yang mendapat pendidikan di UNITEN Kampus Sultan Haji Muadzam Shah dan sudahpun empat tahun berkhidmat sebagai pembantu tadbir di universiti sama selepas tamat pengajian.

Beliau yang terkejut dengan pemergian Allahyarham Tan Sri Jamaluddin menyifatkan beliau seorang yang mengambil berat kebajikan kaum pribumi.

Timbalan Naib Cancelor – Prof. Dr. Mohamad Zamri Yusof yang baharu enam bulan berkhidmat di universiti itu tidak menyangka pertemuan pertama beliau dengan allahyarham merupakan pertemuan yang terakhir.

Amanat terakhir allahyarham masih bermain di telinga.

Timbalan pendaftar akademik – Norati Abdul Malek pula berkongsi, sewaktu hayat beliau, Allahyarham banyak membuat program bersama masyarakat setempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

Universiti ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan kemasukan kira-kira 200 pelajar dan meningkat kepada hampir 4000 tahun ini.

Bagi pelajar, tiada apa yang boleh membalas jasa Allahyarham selain belajar bersungguh-sungguh dan ucapan terima kasih.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.