Monday, April 27, 2015

#PrkRompin : Jentera BN Akan Beri Penjelasan Terhadap Kritikan Tun M

pilihanraya kini     12:36 PM    



Muadzam Shah – Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh akan memberi penjelasan sewajar terhadap perkara yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

“Mana yang boleh kita jawab, kita jawab. Itu tanggungjawab sebagai jentera BN. (Namun) tak payah kita tumpukan kepada apa yang beliau (Dr Mahathir) sebut, tapi lebih kepada apa yang kita tahu berlaku di bawah.

“Itu lebih baik dan menjurus kepada pengundi di kawasan itu (Rompin dan Permatang Pauh),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama 600 warga Institusi Pendidikan Daerah Rompin di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran kerajaan.

Ditanya sama ada kritikan Dr Mahathir akan memberi kesan buruk kepada BN pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata ia terserah kepada jentera parti untuk turun ke akar umbi bagi memberikan penerangan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.