Wednesday, April 29, 2015

#PRKRompin : Jentera Kempen Jangan Leka Dengan Sokongan Kuat Pengundi

pilihanraya kini     11:26 AM    



Pengundi di Parlimen Rompin masih mempunyai kepercayaan yang tinggi kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional untuk membela nasib mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan perkara itu selepas selesai melakukan kunjungan mesra di beberapa buah rumah di Rompin, Pahang, semalam.

Namun begitu, Ahmad Razif berpesan agar jentera UMNO agar tidak leka dalam tempoh berkempen yang hanya tinggal semiggu sahaja lagi.

“Walaupun majoriti kemenangan yang diperolehi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tinggi, jentera kita haruslah sentiasa memberi penerangan kepada masyarakat setempat agar mereka tidak terpengaruh dengan isu lapuk pembangkang.

“Mereka (pembangkang) hanya membangkitkan isu-isu lama dan dimainkan kembali. Tapi saya yakin ini tidak akan memberi kesan kepada pengundi di sini kerana mereka lebih bijak untuk membuat keputusan,” katanya.

Turut hadir, Ketua Jentera UMNO Terengganu di PRK Rompin, A. Latiff Awang yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang.

Tambah Ahmad Razif, dengan pemilihan calon Barisan Nasional yang dilihat agak kuat untuk bertanding bagi Parlimen Rompin ianya memberi kelebihan kepada parti.

“Calon yang kita ada, Dato’ Hasan Arifin merupakan seorang yang telah dikenali oleh masyarakat sekitar Rompin.

“Semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini, rakyat masih mengingati jasa yang telah dilaksanakan dan mereka yakin serta percaya dengan perkhidmatan yang bakal diberikan oleh beliau,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.