Monday, April 27, 2015

#PrkRompin : Keratlah Jari Saya -Isa Samad

pilihanraya kini     2:58 PM    



ROMPIN – ‘Keratlah jari saya kelingking saya ini kalau Ladang Rakyat jadi macam FELDA’, kata Pengerusi FELDA, Isa Samad dalam ucapan perasmian Dewan Bakti Semai Rakyat di Felda Keratong 1, pada Ahad.

Isa Samad berkata demikian sebagai mencabar parti pembangkang, PAS supaya menjadikan Ladang Rakyat yang tidak membangun menjadi berjaya seperti FELDA.

“PAS cuba selamatkan FELDA, kalau dia cuba selamatkan Ladang Rakyat di Gua Musang itu pun, Alhamdulillah.

“Ladang itu hancur, tak jadi ladang. Cuba kerajaan PAS beri tanah itu kepada FELDA. Kalau tak jadi, keratlah jari kelingking saya ini,” kata Isa Samad.

Mutakhir ini, Persatuan Anak Peneroka (ANAK) yang juga ahli PAS mempunyai tujuan mahu menyelamatkan organisasi FELDA memalui ceramah Himpunan ANAK Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4, Rompin, Pahang.

Isa Samad menyifatkan tindakan PAS mengadakan ceramah tersebut sebagai mempunyai niat yang tidak betul selain hanya untuk bermain politik memandangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ia ternyata berbeza dengan matlamat FELDA iaitu mengutamakan rakyat dalam membantu kelangsungan hidup semua warga FELDA di luar bandar mahu pun dalam bandar.

“Kita sudah buat 317 (tanah), tak nak bagi. Sebab apa? Nawaitu (niat) tak betul hanya nawaitu untuk bermain politik.

“Niat kita (FELDA) baik untuk rakyat tidak ada tujuan politik. Semata-mata untuk orang Melayu di kampung. Itu sebab FELDA kita menjadi, Ladang Rakyat itu tak menjadi. Tiba-Tiba (PAS) datang ke FELDA untuk selamatkan FELDA. Macam mana nak percaya?” katanya.

Himpunan ANAK Selamatkan FELDA 2.0 gagal apabila tidak mendapat sambutan yang meriah dari warga FELDA walaupun menggunakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai ikon utama dalam himpunan tersebut.

Penutup himpunan tersebut juga dilaporkan dibatalkan disebabkan jumlah kehadiran tetamu yang tidak memberangsangkan.




– FeldaVoice.Com

1 comments :

Anonymous said...

itulah Pas.. hanya pandai berbohong dan memanipulasi perkara baik yg dibuat kerajaan BN.. harap rakyat Rompin sedar & sama2 menolak puak2 jumud & hipokrit yg bertopengkan Islam ini demi kesejahteraan anak cucu.. Amin!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.