Sunday, April 26, 2015

#PrkRompin : Mat Rempit Iringi Calon PAS?

pilihanraya kini     2:28 AM    



Untuk Pilihan Raya Kecil Rompin, PAS menggunakan strategi berbeza bagi menarik lebih ramai golongan muda lebih berminat mengambil tahu hal politik dan sekali gus menarik hati mereka untuk mengundi parti itu pada 5 Mac depan.

Dengan menggerakkan jentera pemuda bermotosikal seramai antara 10 dan 20 orang ketika berkempen bersama calon mereka untuk PRK Rompin, PAS berharap cara ini dapat meraih undi golongan belia, terutama ‘mat rempit’ yang sudah mendaftar sebagai pengundi.

Dalam Pilihanraya Kecil PRK Rompin, terdapat 60 pusat pembuangan undi membabitkan DUN (Dewan Undangan Kecil Tioman dengan 30 pusat undi; DUN Bukit Ibam (20) dan DUN Muadzam Shah (12).

Calon PAS Ustaz Nazri Ahmad, berkata, penyertaan Pemuda PAS bermotosikal dalam gerak kerja kempen parti adalah bertujuan untuk mendedahkan belia di Rompin supaya peka kepada persekitaran dan melakukan aktiviti sukan bermotosikal bercorak Islam.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen pasukan bermotorsikal Alternative Riding Club (ARC) PAS untuk tempoh berkempen dan pembuangan undi di PRK Rompin yang diadakan di hadapan bilik gerakan parti itu di sini.

“Mereka akan berkonvoi mengikuti saya berkempen di setiap kawasan dan daerah.

“Secara tidak langsung ia mendedahkan suasana berkempen dan dikalangan belia yang gemar kepada aktiviti bermotosikal, inilah masanya mereka merasai berkonvoi bersama calon dalam aktiviti politik,” ujarnya kepada The Rakyat Post.

Nazri yang juga Dipertua PAS Kawasan Rompin, berkata, ramai belia FELDA terbabit dalam aktiviti “mat rempit”. Justeru dengan adanya kumpulan bermotosikal seperti Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS ini, akan memberi ruang kepada belia di Felda untuk mengisi aktiviti yang lebih berfaedah.

“Ramai anak muda Felda suka naik motosikal dan mereka suka sukan bermotorsikal. Salah satunya adalah aktiviti berkonvoi yang kerap diadakan di sini.

“Biasanya PAS di peringkat negeri sering diadakan aktiviti berkaitan dengan pendidikan seperti cara pemanduan berhemah dan membaiki motosikal,” katanya.

Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS telah ditubuhkan sejak 2004 lalu.

Pengarah ARC, Mohd Shamsuri Hussein 36, berkata, bagi PRK Rompin kali ini penyertaan Pemuda PAS lebih kepada mengikuti calon Pemuda dan mengadakan aktiviti mendekati pengundi.

Pemuda ARC dianggotai seramai 13,000 ahli Pemuda PAS seluruh negeri yang mana di Pahang sahaja mempunyai 500 ahli.

“Kita telah buat permintaan supaya di seluruh negeri menghantar seramai 30-50 Pemuda bermotosikal, tidak termasuk di setiap pusat pembuangan undi di mana kami akan menempatkan 10 Pemuda bermotorsikal,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan adanya ARC ramai belia terutamanya golongan mat rempit tidak merasakan mereka dipinggirkan.

“ Aktiviti diadakan di setiap negeri. Sasaran ARC adalah untuk menarik lebih ramai mat repit dengan aktiviti yang ARC adakan. Aktiviti yang kami aturkan adalah salah satu sasaran untuk berdakwah di kalangan belia,” ujarnya.





0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.