Thursday, April 23, 2015

#PrkRompin : Mat Sabu Syok Sendiri Di Ceramah??

pilihanraya kini     7:18 PM    



Rompin : Malam tadi berlangsung ceramah PAS di Kg. Mentara di sini dengan penceramahnya siapa lagi kalau bukan Mat Sabu. Bukan isu inti ceramah yang ingin diperkatakan di sini namun ia berkaitan dengan Mat Sabu sendiri yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Kehadiran Mat Sabu yang juga Naib Presiden PAS pada ceramah itu nyata tidak mampu menarik sokongan ramai ahli Parti Islam itu, sekaligus membawa petanda beliau akan kalah pada pemilihan tersebut.

Penduduk di kg mentara yang hadir ke ceramah PAS malam tadi

Ia diperkuatkan dengan setakat ini hanya sembilan pencalonan diterima oleh Mat Sabu untuk jawatan berkenaan iaitu dari Shah Alam, Batu Sapi, Parit Sulong, Segamat, Seremban, Pulai, Tanjong Piai, Jelebu dan Bukit Gelugor.

Mat Sabu kini ketinggalan di belakang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang terus mengungguli bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang akan diadakan pada bulan Jun ini.

Rekod tidak rasmi menunjukkan Tuan Ibrahim kini mendapat pencalonan yang tinggi termasuk dari Johor Bahru, Kluang, Alor Gajah, Besut, Putrajaya, Kulai, Wangsa Maju, Kota Kinabalu, Batu Gajah, Sri Gading, Baling, Merbok, Rompin dan Batu Kawan.

Kali ini trend pemilihan menunjukkan bahawa kumpulan pro-ulama terus mendominasikan pencalonan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendahului jauh meninggalkan pesaingnya bagi jawatan Presiden.

Mungkin juga tindakan Mat Sabu menggunakan pentas ceramah di Kampung Mantera itu semata-mata untuk berkempen bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden menyebabkan penduduk tidak berminat.

Sumber  : http://www.tv14.my/2015/04/23/ceramah-mat-sabu-tiada-sambutan-petanda-kalah-tanding-tim-presiden-pas/


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.