Wednesday, April 29, 2015

#PRKRompin : Mat Taib Kena Boo Masa Ceramah?

pilihanraya kini     11:36 AM    



Bekas Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya, Mat Taib malam ini naik ke pentas ceramah Pas di Rompin. Berhadapan dengan 50 pendengar setia Pas yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia semata-mata nak ramaikan majlis ceramah. Beliau menipu hangit !!

Beliau cuba menipu kononnya Kerajaan BN tidak berani untuk saman Mahathir yang membuat pertuduhan tentang isu 1MDB dan pelbagai lagi isu. Beliau mengaku hadir ketika Mahathir membuat ceramah di Taman Melawati dan mendengar sendiri apa yang Mahathir tuduh.

Mat Taib lupa satu perkara. Rakyat Rompin tahu apa yang berlaku sebenarnya di Melawati itu. Ianya bukan tuduhan tetapi soalan-soalan sinis Mahathir terhadap pentadbiran PM Najib dan Kerajaan BN. Mat Taib ingat rakyat Rompin tidak mampu membezakan antara SOALAN dan TUDUHAN.

Mat Taib mungkin lupa, Mahathirlah antara orang pertama dan utama yang tak inginkan beliau menang ketika Mat Taib lawan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO waktu itu. Tiba-tiba Mat Taib nak jual nama Mahathir pula. Beliau cuba gula-gulakan rakyat Rompin.
mat taib1
“Dia pun sama, 2×5 juga..” kata seorang ahli Pas tegar yang turut hadir dalam ceramah tersebut apabila Mat Sabu mula mengarut kononnya kontraktor UMNO menipu dalam setiap projek yang mereka buat.

Mujur ahli Pas ini tidak menjerit kuat, tetapi beberapa orang yang ada di sekelilingnya bertepuk tangan.


Sumber : AAKJ

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.