Monday, April 27, 2015

#PrkRompin: Muhyiddin Ingatkan Peneroka Felda Jangan Terpengaruh

pilihanraya kini     7:00 AM    



ROMPIN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.
Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat Felda di kawasan Parlimen Rompin.
“Mereka nak raih simpati politik dengan buat tuduhan tak berasas bahawa kerajaan gagal dan tidak pertahankan hak milik peneroka menyebabkan masyarakat Felda kerugian.
“Ini tuduhan politik melampau dan malangnya juga dilakukan oleh anak peneroka Felda yang termakan dengan dakyah tersebut,” katanya ketika merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Keratong di sini, Ahad.
Turut hadir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
-mstar

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.