Thursday, April 30, 2015

#PrkRompin : Muhyiddin Pun Sokong GST

pilihanraya kini     9:45 AM    



ROMPIN,Timbalan Perdana Menteri hari ini menyatakan komitmen kerajaan mengenai isu GST walau pelbagai desakan yang diterima terutamanya dari parti Pembakang agar menghapuskan cukai terbabit.

Saya sendiri sokong GST, memanglah pada peringkat awal ini orang marah-marah (dengan pelaksanaan CBP), tapi lama-kelamaan ia akan semakin stabil dan tidak ada kecoh, baharulah orang nampak kebaikannya,” katanya.

Berucap sewaktu majlis ramah mesra di Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Rompin petang tadi berkata Kabinet hari ini telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menipu rakyat berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tindakan segera perlu diambil kerana peniaga yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan rakyat menyalahkan kerajaan ekoran kenaikan harga barang katanya.

Beliau berkata pelaksanaan GST bermula 1 April lepas, sepatutnya membantu rakyat menikmati harga barang lebih murah kerana kadar GST sebanyak enam peratus lebih rendah berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus.

“Hari ini dalam mesyuarat kabinet, kita minta supaya Jabatan Peguam Negara segera ambil tindakan kepada kes yang dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Mana-mana kes yang terang-terangan ambil kesempatan menipu rakyat, cepat-cepat dikenakan hukuman,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, di Dataran Rompin di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.

Muhyiddin berkata arahan supaya Jabatan Peguam Negara bertindak segera, menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang demi melindungi rakyat daripada dibebani dengan kos sara hidup.

“Jika ada undang-undang (tetapi) tidak dikuatkuasakan…tak guna. Peniaga yang ikut peraturan tak perlu takut kerana kita sepatutnya kena tolong pengguna. Jangan bebankan rakyat, sebab nanti mereka salahkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata CBP yang merupakan penambahbaikan kepada sistem percukaian SST bertujuan membantu rakyat kerana wang yang diperoleh kerajaan menerusi CBP akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai pelan pembangunan.

Katanya, beliau memahami rungutan rakyat terutama dalam soal kos sara hidup, dan kerajaan sentiasa berusaha menangani perkara itu menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan dan pemberian baucar buku.

Muhyiddin juga yakin rakyat khususnya di Rompin dan Permatang Pauh akan terus memberi sokongan kepada kerajaan BN yang mempunyai pelbagai agenda dan program untuk membawa Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020.

Sumber : TV.14


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.