Thursday, April 23, 2015

#PrkRompin : PAS Bakal Kalah Terduduk di Rompin!

pilihanraya kini     7:31 PM    




ROMPIN, 23 April – Pilihanraya Kecil Rompin kali ini merupakan “medan peperangan” yang bakal memalukan PAS. DAP dijangka akan dapat “bertepuk tangan” dengan lebih kuat apabila PAS bukan sahaja bakal kalah, malahan kekalahan kali ini turut diramalkan akan lebih teruk daripada PRU13 yang lepas.

Sebelum ini, seluruh negara menyaksikan “peperangan terbuka” antara PAS dan DAP berhubung isu hudud. Masing-masing mencabar satu sama lain agar keluar dari Pakatan Rakyat yang merupakan gabungan haram tidak berdaftar.

Menurut sumber dalaman PAS, calon mereka iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad menghadapi kesukaran untuk berkempen. PAS dibelenggu dengan masalah kewangan sehingga memberi kesan yang besar dalam menjalankan kempen untuk PRK Rompin yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini.

Selain daripada itu juga , kawan sebantal mereka tapi mimpi lain-lain iaitu PKR pula jelas tidak memberikan sokongan terhadap calon PAS PRK Rompin. Suasana yang agak hambar dapat dilihat semasa proses penamaan calon PAS di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Rompin semalam.

PAS juga terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan jentera mereka sendiri. Memandangkan kedudukan dan lokasi PRK Rompin kali ini agak jauh, maka isu logistik yang memerlukan kos yang tinggi turut menyumbang kepada kekalahan PAS nanti.

Rakyat Rompin tahu bahawa PAS sedang berada dalam kedudukan yang cukup rapuh. Persengketaan diantara DAP dan PAS berkenaan hudud bakal melemahkan dan sekaligus menghancurkan pakatan rakyat.

Faktor ini merupakan penyebab utama yang akan dijadikan alasan kukuh bagi menolak calon PAS dalam PRK Rompin kali ini. PAS dengan gabungan DAP dan PKR pun tidak mampu memerintah negara. Apatah lagi PAS kini yang dilihat dalam keadaan “berseorangan” sudah pasti tidak akan mampu membela nasib rakyat Rompin yang selama ini dijaga dengan baik oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Kerusi Parlimen Rompin kosong berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Jamaludin mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang disandangnya sejak 1990 selepas mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yakin peratusan orang ramai yang akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu mampu mencecah 80 peratus meskipun hari pengundian diadakan pada hari bekerja. Jangkaan itu adalah berdasarkan jumlah 86 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lepas.

Sumber : http://www.pru14.tv/2015/04/23/pas-jangka-kalah-lebih-teruk-di-rompin/


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.