Saturday, April 25, 2015

#PrkRompin : Pemuda Umno Perlu "Jantan"!

pilihanraya kini     12:39 PM    



“Tidak wujud sebarang gerakan tumbangkan Presiden, saya anak jantan dan tidak akan suruh macai-macai saya untuk buat gerakan jatuhkan Presiden” – Jawapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila ditanya tentang insiden tertangkapnya’macai-macai beliau di Muadzam sebaik sahaja proses penamaan Calon selesai tempohari.

Persoalan yang timbul, adakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini tahu apa yang telah berlaku di Pusat Bilik Gerakan BN di Muadzam? Apakah jawapan yang beliau akan berikan kepada ahli UMNO di seluruh Malaysia dan kepada Presiden UMNO, Pengerusi Pilihanraya Rompin, Penyelaras dan kesemua jentera UMNO yang sedang bertungkus lumus di Rompin tentang Pejabat Pemuda UMNO tidak berpenghuni?

Tidak perlulah disertakan gambar pejabat kosong tersebut, tetapi ianya satu hakikat, inikah langkah JANTAN yang Khairy cakapkan tadi di Permatang Pauh?

Sudahlah ahli UMNO tempatan dan jentera UMNO yang datang dari luar ingin membantu berbisik sesama sendiri, “Apakah satu TREND baharu apabila Pemuda UMNO Malaysia tidak lancarkan Jentera Pemuda?”. Mungkin ini juga sebagai langkah ANAK JANTAN yang Ketua Pemuda UMNO Malaysia maksudkan?

Mungkin satu strategi baharu Pemuda UMNO Malaysia cuba jalankan atau mungkin ini experimen, ujikaji keberkesanan jentera, bergerak dengan senyap dan BERSELFIE di padang futsal dengan 5 atau 10 orang kepimpinan Pemuda Pusat dan disebarkan kepada seluruh dunia bahawa inilah ‘kerja anak jantan’?

Mungkin juga Ketua Pemuda berfikiran adalah tidak perlu menjawab isu orang muda di Rompin terutamanya di kawasan Felda, kerana ianya masalah Felda untuk menjawab isu “Generasi Kedua” dan bukannya Pemuda UMNO Malaysia yang seharusnya mendekati anak muda, inikah juga Langkah Anak Jantan yang Ketua Pemuda UMNO Malaysia maksudkan?

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak gerun ke bila mendengar golongan Muda di Felda mula menjauhkan diri dengan UMNO BN?

Cukupkah dengan program riadah?

Lembikkah Pemuda UMNO Malaysia kalau anjurkan dialog dengan Generasi Kedua Felda untuk uraikan kekusutan isu yang ditimbulkan pembangkang di sana?

Pondankah langkah kalau bawa bersama pegawai dari kementerian yang berkenaan untuk menjawab isu-isu seperti cukai GST dan lain-lain yang bakal menjadi barah kronik satu hari nanti?

Apakah Khairy akan buktikan kepada Presiden UMNO dengan lonjakan majoriti di Rompin dan kemenangan di Permatang Pauh?

Jangan ‘claim credit’ kemenangan anak jantan kalau sehingga kini jentera Pemuda UMNO masih ketinggal jauh dari Jentera Wanita dan Puteri !!

Sesungguhnya SELFIE atau WEFIE bukan untuk tunjukkan AKU SEDANG BEKERJA di pilihanraya kecil atau UMUM !

Sumber: 

http://azmykelanajaya.com/pemuda-umno-perlu-bekerja-seperti-anak-jantan-di-rompin-dan-permatang-pauh



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.