Tuesday, April 28, 2015

#PRKRompin: Penceramah Pas Digari Kerana Rasuah?

pilihanraya kini     11:56 AM    



SABTU lalu, bertempat di FELDA Keratong 4 telah berjalan Program Himpunan ANAK Selamatkan FELDA 2.0. Program yang sepatutnya berjalan selama 2 hari tersebut dibatalkan serta merta pada hari kedua dan majlis penutup yang dijanjikan hanyalah ‘janji tinggal janji’.
Pembatalan program tersebut secara tiba-tiba ekoran tidak mendapat sambutan dari warga peneroka tempatan iaitu pengundi warga FELDA dalam Parlimen Rompin sehingga warga tempatan menyindir program Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 sebagai ‘Himpunan Selamatkan Diri 2.0’!
Program tersebut meriah pada Sabtu malam dihadiri hampir seribu orang yang majoritinya warga luar yang dibawa khas untuk meramaikan majlis, ironinya, ‘tetamu khas’ yang didatangkan dari luar kawasan FELDA Parlimen Rompin tersebut tidak boleh mengundi untuk PRK Rompin.
Mereka hanya mampu menjadi penyokong ‘totok’ PAS untuk menyelamatkan air muka PAS supaya majlis kelihatan ramai dan meriah.
Selain ‘tetamu khas’ yang didatangkan dengan bas, terdapat nama-nama besar PAS dan bekas pegawai FELDA yang didatangkan untuk menghasut minda masyarakat FELDA dan merosakkan imej FELDA.
Antara nama yang menjadi bualan ramai adalah kehadiran bekas “CEO Koperasi Permodalan FELDA Holding (KPF)”, Datuk Sarchu Sawal yang menyeru warga peneroka memberikan sokongan kepada PAS untuk menyelamatkan FELDA.
Apa yang amat menarik perhatian adalah ucapannya di Perhimpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang mengangkat dirinya kononnya ketika dia menerajui KPF, sebahagian besar pendapatan FELDA adalah daripada FELDA Holding.
Lebih menarik lagi apabila beliau menyeru warga FELDA untuk “selamatkan FELDA, selamatkan KPF dan undi PAS”.
Sarchu turut mengatakan bahawa dia sudah lama menyertai PAS dan penyertaannya ke dalam PAS bukan untuk bertanding tetapi untuk membetulkan keadaan. Selain itu katanya, beliau punya tanggungjawab untuk membantu peneroka kerana FELDA telah kacau bilau.
Itu… menurut kata Sarchu Sawal. Kalau menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lain pula ceritanya.
Benarkah Sarchu “bekas CEO KPF”? Jawatan pun hendak tipu! Inilah PAS!
Seruan dan tuduhan Sarchu bukan sahaja menarik didengar tetapi agak melucukan seperti menepuk air didulang kemudian terpercik kena muka sendiri !
Persoalan yang paling menarik adalah, benarkah Sarchu sertai PAS kerana untuk memperbetulkan keadaan ? Keadaan yang macam mana agaknya itu ?
Keadaan bilamana Sarchu sudah tidak boleh merasai kemewahan ‘rasuah’ kah ?
Ini bukan tuduhan atau fitnah, tetapi ini adalah kenyataan. Kenyataan yang pahit ditelan oleh PAS dan jentera kempen PAS PRK Parlimen Rompin !

Sumber : http://azmykelanajaya.com/prk-rompin-foto-penceramah-pas-digari-kerana-rasuah

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.