Wednesday, April 22, 2015

#PrkRompin : Pengalaman Umno Terengganu dalam PRK Dun Pengkalan Kubor akan digunakan dalam PRK Rompin

pilihanraya kini     5:40 PM    



UMNO Terengganu akan menggunakan pengalamannya semasa membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan untuk meningkatkan majoriti undi dalam PRK Parlimen Rompin, Pahang pada 5 Mei ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dalam PRK DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept tahun lepas, UMNO Terengganu diamanahkan untuk menjaga pusat daerah mengundi (PDM) Tujoh, dan berjaya meningkatkan undi majoriti dalam jumlah yang besar.
Ekoran kejayaan itu, UMNO Terengganu kini dipertanggungjawabkan menjaga tujuh PDM pada PRK Rompin iaitu Pontian, Kedaik, Kampung Gading, Bandar Baru Rompin, Kuala Rompin, Leban Chondong dan Sungai Puteri.
"Seramai 400 orang akan ditugaskan di kesemua PDM itu, dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa, bergantung kepada keperluan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Terengganu di sini, Selasa malam.
Beliau berkata pihaknya optimis untuk meningkatkan majoriti undi BN pada PRK Rompin kerana calon yang dikemukakan iaitu pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin adalah seorang yang berpengalaman luas dalam politik dan dekat di hati pengundi Parlimen Rompin.
Ahmad Razif berkata UMNO Terengganu juga akan mengguna pakai pendekatan tersendiri dalam mendekati pengundi untuk memberi penjelasan berhubung isu semasa yang akan dimainkan oleh pembangkang pada PRK ini.
PRK Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
-- BERNAMA

1 comments :

pak asis said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA .SUAMI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA,SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR, (MBAH JOYO RATMO) ,, SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI, (MBAH JOYO RATMO). DAN AKHIRNYA,(MBAH JOYO RATMO , MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA, ,4D... DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA MBAH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN.(MBAH JOYO RATMO) BAGI ANDA YANG INGIN MERUBA NASIB SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI (MBAH JOYO RATMO) DI NO 085-242474478 DEMI ALLAH LANGIT DAN BUMI PASTI TEMBUS 100% .

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.