Sunday, April 26, 2015

#PrkRompin : Rompin Tidak Pernah Maju

pilihanraya kini     2:47 AM    



Kerajaan pusat dan kerajaan negeri dilihat gagal membangunkan kawasan-kawasan yang terletak di persempadanan Parlimen Rompin sehingga negeri lain mendapat manfaat daripada sumber sosio- ekonomi dan pelancongan negeri Pahang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man, berkata, sejak BN memerintah, parti itu dilihat gagal mengurus dan membangunkan dua buah projek yang dirancang di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tioman membabitkan Pusat Pembangunan Desa dan Pangkalan Meritim dan Kastam (PMK) di Tanjung Gemuk.

Jarak antara Tanjung Gemuk dan Mersing, Johor, hanya 39km. Kawasan Tanjung Gemuk yang menjadi lokasi utama pelancong untuk ke Pulau Tioman di dapati jauh lebih mundur berbanding di Mersing.

“Isu yang hangat dikalangan penduduk sekitar Tanjung Gemuk ialah kegagalan kerajaan negeri menaik taraf dan menyiapkan kemudahan di Pusat Pembangunan Desa Tanjung Gemuk.


“Tanjung Gemok merupakan salah satu jeti yang membawa pelancong ke Pulau Tioman sebagai kawasan bebas cukai, fokus utama pembangunan amat perlu dilaksanakan di kawasan Tanjung Gemuk.

“PAS mendapati pembangunan terbengkalai dan tiada usaha untuk membaikpulih dan menaiktaraf kawasan sekitarnya.

“Pengunjung juga merungut kerana perkhidmatan bot yang membawa mereka ke Pulau Tioman gagal menepati masa. Pulau Tioman dalam negeri Pahang, sebaliknya yang dapat manfaat ialah jeti di Mersing yang menjadi destinasi ke pulau pelancongan itu.”

Beliau juga mendakwa, hanya 30 peratus kedai di Tanjung Gemok yang masih wujud dan selebihnya tidak dapat beroperasi kerana tidak diurus dengan baik oleh Majlis Daerah Rompin.

“Longkang tidak diselia dengan baik dan rungutan di kalangan pengunjung ialah bau yang tidak menyenangkan berpunca daripada aliran air di longkang yang pecah dan tersumbat,” ujarnya.

Isu persempadanan ini juga membabitkan kawasan Keratong yang mana Daerah Segamat, Johor lebih mendapat manfaat dari segi ekonomi selepas terbinanya Bandar Tun Razak, dan begitu juga Daerah Kemaman, yang mendapat manfaat daripada populariti Cherating.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS, berkata, kerajaan pusat dan negeri juga gagal menyiapkan projek Pangkalan Maritim dan Kastam (PMK) di Tanjung Gemuk sebagaimana yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 lalu, turut mengenal pasti pembinaan jeti bernilai RM458,135 di bawah projek pembinaan PMK Tanjung Gemok, Pahang tidak digunakan kerana tiada bot jabatan mahupun unit Marin ditempatkan di PMK tersebut.

Walaupun jabatan dan Kastam Diraja Malaysia dalam maklum balasnya, menyatakan penempatan bot dan anggota unit Marin telah dilaksanakan pada Februari 2014 namun Ketua Audit Negara berpendapat jika bot dan anggota Marin tidak ditempatkan di Tanjung Gemok, maka objektif pembinaan jeti ini tidak dapat dicapai.

“PMK ini sepatutnya disiapkan pada Jun 2010. Malangnnya projek ini juga gagal berfungsi di mana tiada bot kastam di sediakan untuk menjalankan aktiviti rondaan di samping tiadanya kemudahan antaranya ialah jenti penampang untuk menempatkan bot peronda.

“Fungsi PMK ini telah ditukar sebagai pejabat penguatkuasa kastam tanpa maritim.

“Ini menunjukkan kegagalan perancangan kerajaan negeri dan persekutuan bagi menjamin bahawa duit rakyat itu dapat dimanfaatkan secara berkhemah dan terancang oleh kerajaan BN yang memerintah Pahang,” ujarnya.





0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.