Saturday, April 25, 2015

#PRKRompin : Soalan Kepada PAS

pilihanraya kini     1:08 PM    



Dalam PRK Rompin semua pihak nak menang termasuklah puak-puak pengacau daun yang nak cuba nasib.

Sajer jer kami nak tanya PAS yang suka jadi penyibuk dan penghasut yang sentiasa nak rebut kuasa.

Jika di Rompin 3 ADUNnya di Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman adalah kalangan orang UMNO, mengapakah penduduk Rompin perlu ada PAS, mengapa perlu pilih ahli Parlimen dari PAS?

Apakah relevannya kalau pilih orang yang boleh dipertikai kemampuannya!

Nanti susah nak kerjasama. Lebih baik semuanya ADUN BN dan Ahli Parlimen pun BN...kan senang buat kerja. Senang rakyat nak jumpa.

Rompin kan daerah yang luas, adakah PAS mampu nak membiayai pembangunan di daerah ini?

Mampukah PAS nak berjalan jauh melawat kawasan pendalaman, kalau sekadar pergi lawat kawasan tabur fitnah kutip sedekah?

Cukupkah hanya dengan slogan berkebajikan semata-mata. Cuba PAS ceritakan apa bentuk pembangunan yang mahu dibawa di Rompin?

Adakah PAS selama ini hanya jadi penumpang mahu pula jadi ahli Parlimen, maka semuanya akan diserahkan pada orang lain untuk buat kerja membangunkan Rompin...?

Itu bukan tanggungjawab namanya. Itu culas dan makan gaji buta! 

Semuanya nak free, cuci kaki jer...itu pemalas namanya.

Adakah hanya dengan mengutip derma dan sedekah tabung ke hulu ke hilir seperti yang selalu dilakukan PAS selama ini maka kebajikan rakyat dan pembangunan Rompin boleh dijaga dan dijalankan?


PAS mahu selamatkan Felda...nak selamatkan dari apa?

PAS ada duit mahu selamatkan Felda?

PAS ada kemahiran nak bantu Felda?

Selama ini peneroka penyokong mereka hanya menyanggak di tanah-tanah rancangan meraih pelbagai kemudahan tapi adakah mereka tahu bersyukur?

Dulu kebanyakkan mereka merempat mencari rezeki di Felda bila dah kaya melawan dan kufur nikmat?

Islam tak ajar begitu tetapi PAS yang ajar ramai peneroka dan keluarga mereka tersesat dan jatuh mengkufuri nikmat.

Sekali lagi PAS nak selamatkan Felda? Selamatkan dari apa?

Apa rancangan PAS nak selamatkan Felda?

Perjuangan bukan sekadar slogan semata-mata. Tapi perjuangan adalah melaksanakan janji, menabur budi bukan slogan hampas semata-mata sampai manusia mabuk khayal terinzal dengan pelbagai slogan bagai.

Berapa banyak kebajikan yang PAS telah jaga untuk peneroka dan keluarganya selama ini?

Cuba senaraikan la...cakap tara guna.

Setakat slogan mesra dan berkebajikan saja tak cukup untuk PAS nak bangunkan Rompin. 

Sekadar menguruskan kilang keropok lekor Mak Aji saja tidak sama dengan keupayaan memimpin wilayah Rompin...

Rompin bukan sekadar besar Keratong 5 tempat si calon PAS bertenggek selama ini.

Memimpin Rompin bukan seperti menguruskan Markaz PAS Keratong 4 yang lusuh itu. 

Pilihlah pemimpin yang layak dan ada kebolehan memimpin Rompin. BN Memimpin, Rompin Terjamin

Masih lagi nak kempen di Rompin?...

Cukup-cukuplah tu PAS... lebih baik tumpukan usaha menegakkan hudud kamu tu, fahamkan dan dapatkan sokongan DAP dan PKR dulu sebelum nak bercakap soal nak pimpin Rompin.

Lebih baik sokong calon BN, pemimpinnya baik dan boleh memimpin.

Sejahtera Rompin, BN Memimpin, Rakyat Terjamin....

Tapi PAS memang kaki spin, perangai buruk macam Ayah Pin. 


Sumber :

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.