Sunday, April 26, 2015

#PrkRompin : Tidak Mampu Baiki Rumah

pilihanraya kini     2:40 AM    



“Saya sangat sedih.. seperti orang terbuang di kampung sendiri,” luah seorang warga emas sambil menitiskan air mata.


Yusof Awang, 61, yang kini lumpuh separuh badan, kini tinggal di sebuah pondok usang berhadapan Sungai Aur di Kampung Seberang Aur sejak Julai tahun lalu selepas kediamannya dijilat api.

Namun dek kerana kesusahan hidup, Yusof dan dua orang anaknya tidak mampu membaik pulih rumahnya dan terpaksa berteduh di pondok belakang rumahnya.

Katanya beliau hanya bergantung hidup kepada pendapatan dua anak perempuannya yang kini berkerja sebagai jurujual di bandar Muadzam Shah.

Kedua-dua mereka yang berusia 16 dan 18 tahun terpaksa berhenti sekolah dan bekerja demi menyara kehidupan mereka sekeluarga termasuk ibunya.

“Saya tidak ada sumber pendapatan atau bantuan dari mana-mana, hanya bergantung sepenuhnya kepada pemberian anak saya.


“Mereka beri saya RM200 sebulan dan itu sahaja yang saya guna untuk menampung hidup. Mujur ada beberapa kemudahan seperti Jambantan Gantung ini sekurang-kurangnya anak saya senang berulang ke tempat kerja,” katanya yang merupakan bekas pemandu traktor.

Jelas Yusof, kemudahan jambatan gantung berkenaan adalah usaha calon BN, Datuk Hasan Arifin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ketika beliau menjadi ADUN Bukit Ibam suatu ketika dahulu.

“Banyak yang beliau usahakan ketika menjadi ADUN dulu, antaranya jambatan gantung dan FELCRA.. setiap tiga bulan saya akan dapat RM1,000 daripada FELCRA..alhamdulillah itu dapat bantu ringankan beban hidup,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hisham ketika melawat keluarga berkenaan berkata, beliau akan berusaha untuk membaiki kediaman itu.

“Beliau (Hishamuddin) kata akan cuba usaha untuk bantu baiki rumah saya sekurang-kurang saya ada tempat berteduh yang selesa.

“Saya sangat berterima kasih dengan keperihatinan beliau untuk membantu saya sekeluarga,” katanya.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.