Monday, April 27, 2015

pilihanraya kini     10:33 AM    


ROMPIN,Golongan petani terus menerima bantuan daripada Kerajaan Barisan nasional malahan setiap tahun bantuan ini terus meningkat demi keperluan industri makanan negara.
Menteri Pertanian dan Asas Tani berucap sewaktu Majlis Penyampaian Insentif kepada Pesawah Parlimen RompiN itu berkata Kerajaan sentiasa berbelanja besar utk pertanian lebih kurang RM6billion setahun. Daripada jumlah itu, kira-kira RM2.2 billion diperuntukkan kepada pesawah-pesawah(1/3 daripada peruntukan adalah untuk pesawah berupa insentif.
” Setiap pesawah mendapat insentif sebanyak RM2540 seorang sehektar. Ini tidak termasuk projek-projek infra yang dibina di sawah-sawah.”
Kerajaan Barisan Nasional terus menjaga golongan petani.
Kerajaan Barisan Nasional terus menjaga golongan petani.
Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pesawah di negara kita. Mereka menetapkan harga beras siam/import lebih mahal berbanding beras tempatan. Selain daripada itu juga atas usaha arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis maka kerajaan bersetuju untuk jadikan rompin sebagai salah satu jelapang padi.
Antara projek yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat adalah.
Skrim pengairan paya setajam 1850ha, Skim pengairan paya sepayang 280ha, Skim pengairan paya laka 640ha, Skim pengairan tebu hitam 445ha, Skim pengairan paya poteh 2000hadan  Skim pengairan kg jawa pantai 163ha Jumlah keseluruhan  5378ha
Untuk tahun 2015- jumlah peruntukan adalah RM38juta (Daerah Rompin).
Selain daripada itu juga kerajaan akan naiktaraf pam air tali air dan sebagainya. Peruntukan sebanyak  RM30juta untuk kerja infrastruktur pengairan telah pun diluluskan. Manakala kerja-kerja naiktaraf infra kawasan Pengairan Paya Sepayang pula sebanyak RM5juta
Skim Pengairan Paya Laka / Kerpal mendapat peruntukan sebanyak RM3juta untuk menaiktarafkan rumah pam, jalan ladang dan sebagainya.
Bagi tahun 2016 pula kerajaan akan membina kawalan pasang surut  yang bernilai RM33juta. Manakala Rm54 juta diperuntukkan kepada Skim Paya Petoh. Pembangunan di Rompin pula mendapat peruntukkan RM26.1juta.
Datuk Hasan Arifin merupakan orang kepercayaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Arwah tahu bahawa Datuk hasan mampu menyambung legasi yang telah beliau tinggalkan. Oleh itu, rakyat Rompin harus mengundi Datuk Hasan Arifin pada 5 Mei nanti bagi memastikan legasi JJ dapat diteruskan disamping memastikan kemakmuran dan keamanan Rompin dapat dipelihara.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.