Thursday, April 16, 2015

Siapakah Perosak PAS?

pilihanraya kini     12:36 PM    



SELEPAS kekalahan memalukan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Pemilihan PAS Kawasan Kampar baru-baru ini, dijangkakan lebih ramai pemimpin pro-PASMA akan tersungkur ditolak ahli peringkat akar umbi.
Kekalahan Nizar dikatakan berpunca oleh satu risalah yang memaklumkan sebab-sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar selepas menyandang jawatan itu selama tujuh penggal.
Nizar hanya mendapat 24 undi berbanding pencabarnya Suffian Rejab yang mendapat 146 undi pada Pemilihan itu.

MENARIK – Wujudkah ‘Langkah Manis’ PAS Tidak Bertanding Dalam PRK Rompin

Kini, nampaknya golongan Ulama’ dalam PAS mula mengatur gerak bertindak melenyapkan semua puak penyokong Anwar (Anwarinas) dan golongan PASMA bagi mempertahankan kepimpinan Ulama’ dalam parti itu.
Satu naskhah buku bertajuk “Siapakah Perosak Sebenar PAS?” dikesan sudah mula diedarkan dalam kalangan ahli PAS bagi membolehkan ahli mengenali siapa puak-puak yang dimaksudkan.

Umpama senarai Individu Yang Dikehendaki yang biasa dikeluarkan pihak berkuasa, buku itu menyenaraikan mereka yang dikenali sebagai Parasit dalam PAS secara satu-persatu dengan ciri-ciri dan gaya perjuangan politik mereka.
Kesemua mereka dikenali sebagai parasit kerana dilihat menentang kepimpinan Ulama’ dan mempunyai kecenderungan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membolehkan PASMA berkuasa.

Disenaraikan sebagai Parasit ke-15 ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabelkan sebagai seorang yang lantang menyerang kumpulan Ulama’ dan dikenali dengan pemikirannya yang songsang daripada syariat Islam.
15April15ParasitPAS_5
“Muktamar PAS 2002, beliaulah yang menjadi dalang menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri, di sinilah sikap ‘parasit’ beliau mula dikesan.

“Semenjak 2008, beliau semakin banyak merosakkan PAS melalui kenyataan dan pendiriannya yang bertentangan dengan dasar dan prinsip PAS,” kata buku berkenaan.

Parasit yang diletakkan sebagai nombor satu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli yang didakwa ada rancangan untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan golongan Ulama’.
15April15ParasitPAS_4
“Rancangannya menjatuhkan TG Hj Hadi dan golongan Ulama’ berjaya dibuktikan apabila perbualan kumpulan yang dirancang Hatta terbongkar melalui perbualan dengan aplikasi Whatsapp,” menurut buku itu.

Selain itu, Hatta turut didakwa mewujudkan satu pasukan gerak saraf dibawah pengurusannya selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat untuk menggulingkan Presiden.

Nampaknya kepimpinan Ulama’ seperti sudah all out memerangi golongan Anwarinas dan PASMA ini yang dirasakan bakal merosakkan imej parti Islam yang dibawa PAS selama ini.

Dengan buku yang ala-ala senarai buruan INTERPOL dan Amerika Syarikat, lebih ramai golongan PASMA dijangka akan tewas tidak lama lagi mengikuti kekalahan Nizar.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.