Monday, April 6, 2015

Siasatan Nahas Helikopter Pasti Dilakukan Terperinci Dan Menyeluruh :#NahasHelikopter

pilihanraya kini     4:00 AM    




SIASATAN yang kini dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tentang nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang terhempas di Semenyih boleh dilakukan dengan menyeluruh kerana ia terjadi di dalam negara dan lokasinya dekat dengan ibu negara.

Ia berbeza dengan tiga tragedi nahas udara yang melibatkan Malaysia yang berlaku di lokasi sukar untuk dijalankan siasatan secara sepenuhnya.
Pada 8 Mac tahun lepas, kejadian melibatkan pesawat jenis Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.

MENARIK – Rekod Perkhidmatan Helikopter AS365N2 Dauphin Dalam Industri Penerbangan

Lokasi berkenaan merupakan satu lokasi yang amat terpencil dan kedalaman laut di kawasan itu adalah sekitar 6,000 meter.
Oleh itu, siasatan menyeluruh hampir pasti mustahil dilakukan ekoran maklumat terhad dan serpihan pesawat berkenaan gagal ditemui sehingga hari ini.

Kemudian, nahas pesawat juga milik MAS, MH17 yang terhempas pada 17 Julai tahun lepas berhampiran sempadan Ukraine juga mengalami saat siasatan yang sukar kerana kawasan nahas merupakan kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Russia.

Pesawat MH17 ketika itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Hanya selepas beberapa hari barulah kotak hitam milik pesawat berkenaan diserahkan kepada pasukan penyiasat dari Malaysia oleh pihak pemberontak hasil rundingan bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua pemberontak berkenaan.

Akhir sekali, tragedi yang menimpa pesawat AirAsia Indonesia pada hujung tahun lepas melibatkan pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Singapura.
Ketika itu keadaan Laut Jawa yang bergelora menyukarkan operasi pencarian mayat dan serpihan pesawat.

Bagaimanapun, kotak hitam perakam suara dan data pesawat BERJAYA ditemui dan kesemua nahas itu berada dalam peringkat siasatan bagi mengenalpasti puncanya.

Bagi nahas helikopter Dauphin itu, ia berlaku di Semenyih, Kajang berhampirang dengan ibu kota Kuala Lumpur dan ia akan memudahkan pasukan penyiasat mengumpul bukti serta bergerak keluar masuk dari lokasi nahas dengan mudah.

Memetik laporan Mstar Online semalam, operasi siasatan Forensik ke atas nahas itu di Kampung Sungai Pening, Jalan Sungai Lalang meliputi kawasan dalam lingkungan 200 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata operasi itu melibatkan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian oleh polis dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan siasatan khas biro siasatan kemalangan udara, DCA dan anggota forensik polis.

Nahas berkenaan meragut nyawa enam orang penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Pengebumian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Di Makam Pahlawan

Perdana Menteri, dalam satu sidang media pada hari kejadian berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenalpasti punca nahas itu dan tiada apa yang akan disembunyikan dalam hasil siasatan itu nanti.

Oleh itu, jika diambil kira semua faktor berkaitan nahas itu, siasatan nahas helikopter berkenaan boleh diselesaikan dengan penuh telus dan puncanya akan diketahui tidak lama lagi.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.