Thursday, April 23, 2015

SKMM Ambil Tindakan Terhadap Alvin Tan : You Tube Bakal Sekat Akaun

pilihanraya kini     6:55 PM    



Sebelum ini seluruh umat Islam dikejutkan tindakan blogger, Alvin Tan yang semakin melampau dengan memuat naik video yang bertajuk ‘Muslim Call to Prayer-Azan (R&B Cover)’ di laman Facebooknya.

Bukan sahaja umat Islam, malah masyarakat yang bukan beragama Islam turut mengecam tindakan kurang ajar itu.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah menghantar surat kepada syarikat teknologi, YouTube untuk menyekat akaun blogger kontroversi itu Alvin Tan kerana didakwa melakukan provokasi melalui laman video tersebut.

Perkara itu diumumkan sendiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga akan cuba membawa pulang Tan ke Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat (AS) melalui kerjasama Peguam Negara.
“Pihak SKMM, saya difahamkan mengambil tindakan dengan menghantar surat saja sebab benda ini berlaku di luar negara.
“Mereka (SKMM) minta supaya YouTube menurunkan gambar dan video daripada Alvin, dan pihak tersebut sedang lakukannya”, katanya.
Tan dikhabarkan melarikan diri ke AS untuk mendapatkan perlindungan politik bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Malaysia selepas gagal hadir ke prosiding mahkamah atas dakwaan mempersenda umat Islam tahun lalu.

Dia pernah mencetuskan kontroversi apabila memaparkan video seks dengan teman wanitanya Vivian Lee melalui bolg seks ‘Sumptuos Erotica’ pada Oktober 2012.

Dan mula mempersendakan agama Islam apabila memuat naik gelagat mereka menikmati makanan dengan ucapan: ‘Selamat berbuka puasa dengan bak kut teh…wangi, enak menyelerakan!’ di laman Facebook.

Antara lain termasuk mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam serta mempersendakan institusi diraja melalui laman Facebooknya.



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.