Friday, April 10, 2015

Suki Waterhouse Muat Naik Gambar Seksi

pilihanraya kini     1:01 AM    

HUBUNGAN cinta pasangan selebriti Suki Waterhouse dan Bradley Cooper diketahui sudah pun berakhir selepas dua tahun menjalin hubungan cinta. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak sehingga saat ini.

Seperti dipetik Daily Mail, wanita itu baru-baru ini memuat naik gambar seksinya di Instagram bagi menarik perhatian pengikutnya.

Dalam gambar tersebut, penampilannya begitu seksi dan menggoda dengan mengayakan baju renang.

Gambar tersebut merupakan gambar seksi pertamanya selepas dilaporkan berpisah dengan aktor berusia 40 tahun itu.

Gambar itu juga mencuri tumpuan apabila mendapatlike daripada 26 ribu pengikut.

Malah, rata-rata memuji penampilan wanita berusia 23 tahun itu.

-mStar Online

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.