Thursday, April 30, 2015

Tun M Bakal Hangatkan #PRKRompin 2 Mei

pilihanraya kini     2:59 AM    



ROMPIN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini giat melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadual menyertai program `Sepagi Bersama Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad’ yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Ibam, di sini pada 2 Mei ini.

Melalui poster yang tersebar ketika ini, program berkenaan adalah anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin dan diadakan pada 9 pagi.

Pada poster berkenaan juga tertulis `You Are Not Alone’ dan diadakan ketika penduduk Rompin bakal membuang undi pada 5 Mei ini bagi memilih Ahli Parlimen mereka.

Pastinya program ini akan menjadi tumpuan ramai yang ingin melihat sejauh mana beliau akan meneruskan kritikannya kepada Najib dan isu-isu yang pasti bakal dibangkitkan tentulah mengenai 1MDB, BRIM, pengganti Najib dan isu jambatan bengkok.

Meskipun Najib sudah beberapa kali memberikan penjelasan namun ia ditolak oleh Dr. Mahathir dan bekas Perdana Menteri itu hari ini memberitahu bahawa beliau tidak mendengar ucapan Najib ketika pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2014 di Angkasapuri, malam tadi.

Namun adakah kehadiran Dr. Mahathir dan serangannya terhadap pemerintahan negara serta UMNO akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ini, sama-samalah kita tunggu.


Sumber : TV.14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.