Saturday, April 18, 2015

Wan Azizah Cuba Nafi Ada Konlfik Dengan PAS Di Permatang Pauh : #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     10:03 PM    



PRESIDEN PKR dan ‘bakal’ calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nampaknya cuba menidakkan konflik PKR dengan PAS di kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata tidak timbul isu PAS kawasan Permatang seperti melakukan protes senyap membantah pemilihan beliau sebagai calon.

Dalam aktiviti beliau turun padang, Dr Wan Azizah menyatakan PAS di sana telah menyatakan sokongan dan akan membantu siapa sahaja calon yang dipilih oleh PKR.

MENARIK – Bila Nak Suruh Wan Azizah Dan Nurul Izzah Isytihar Harta Pulak?? 

“Saya baru sahaja berjumpa dengan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh (Omar Hasan) dan beliau kata tidak (seperti itu), kami bersama anda dan beliau akan memberi dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon PKR,” katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad yang menyebut PKR mungkin menghadapi protes senyap dari pengundi, termasuk PAS jika meletakkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai calon.

PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei depan untuk mencari pengganti Ahli Parlimen kawasan itu selepas petisyen Pengampunan Diraja Anwar ditolak Lembaga Pengampunan.

Beliau ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari penamaan calon bari PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 25 April manakala hari mengundi awal ialah pada 3 Mei.

– PRU14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.