Tuesday, May 5, 2015

Ahli PKR Di Permatang Pauh Tekad Tolak Wan Azizah #PRKPermatang Pauh

pilihanraya kini     9:55 AM    


Lagi ahli PKR melahirkan kekecewaan terhadap pimpinan PKR negeri yang dituduh mengabaikan kebajikan mereka.

Ketua PKR Ranting Jalan Tenggiri, Muhammad Mahatma Abdullah berkata, kira-kira 100 ahli PKR membidas ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang dituduh mengabaikan kebajikan kaum India.

“Saya adalah Ketua Ranting PKR Jalan Tenggiri, orang di sebelah ini adalah daripada cawangan saya. Sejak PKR ambil alih, saya ingat tugas PKR yang pertama ialah mengacau ahli sini sehinggakan dia tidak boleh mencari makan.

“Bukan itu sahaja, cawangan saya hampir 80 peratus adalah terdiri daripada kaum India, nampak jelas PKR ini tidak menghargai sumbangan kami.

“Saya ini masuk PKR sejak Anwar Ibrahim keluar daripada UMNO dan saya masuk PKR di Seberang Jaya, malah sudah banyak sumbangan saya kepada PKR.

“Bagaimanapun disebabkan ranting kami ini ramai India tetapi sumbangan kami tidak dihargai,” katanya.

Mahatma memberi contoh kezaliman pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR dengan merujuk kes seorang pengusaha cuci kerata, Vigneswaran Arjunan, 39.

Vigneswaran, seorang kelainan upaya (OKU) dikenakan tekanan sehingga hampir muflis dan terpaksa menutup perniagaannya.

Malah katanya, ahli di rantingnya sudah tidak mahu lagi percaya dengan calon PKR Permatang Pauh yang digelarkannya sebagai ‘YB Kelentong’ ekoran bimbang nasib yang sama akan menimpa seperti Vigneswaran.

“Semasa mereka (kerajaan negeri) tutup pusat mencuci kereta dia, saya tanya mengapa kerajaan negeri dan Dr. Afif berbuat demikian?

“Malah selepas tutup tempat cuci kereta itu pun, mereka bukan guna pun tapak itu sampai naik semak dan ada ular,” kata beliau.

Beliau berkata ahli-ahli PKR ranting Jalan Tenggiri sepakat tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

“Saya rasa Wan Azizah sudah 17 tahun datang sini, tidak pernah datang dan jumpa kami, dia pernah hendak janji turunkan harga lesen niaga pasar, tetapi tidak turun, sekarang harga naik lagi adalah,” katanya.

1 comments :

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.