Wednesday, May 13, 2015

Ahmad Said Perlu Letak Jawatan?

pilihanraya kini     2:36 PM    




KUALA TERENGGANU, 13 Mei – Semalam, bekas Menteri Besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat kenyataan bahawa langkah beliau menghalang tindakan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara sebab beliau diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Datuk Seri Ahmad Said dalam kenyataannya mengatakan beliau menghalang cubaan 1MDB untuk mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu merupakan puncanya dilucutkan jawatan.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga DUN.

Ahmad berkata syarikat 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian menarik diri apabila terjadinya masalah itu yang tidak dapat beliau terima.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.

“Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

“Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.

“Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.

“Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” katanya.

Ahmad Said Diminta Letak Jawatan Kerana Prestasi BN Teruk

Sebenarnya, Ahmad Said diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar bukan kerana kes berkenaan sebaliknya kerana prestasi Barisan Nasional (BN) Terengganu pimpinannya yang teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Keputusan BN Terengganu pada PRU ke-13



BN Terengganu hanya mampu memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Rakyat memenangi 15 dengan majoriti tipis membentuk kerajaan.

Pada PRU ke-12 pada 2008, BN berjaya menang 24 kerusi manakala PR hanya mampu memenangi lapan kerusi sahaja.

Keputusan BN Terengganu pada PRU ke-12


Beliau sebenarnya telah bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas diberi tempoh selama setahun oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan tugas-tugas yang perlu selepas PRU ke-13.

Persetujuan itu dibuat olehnya dalam satu pertemuan antara Ahmad Said dan Perdana Menteri serta ADUN BN Terengganu di Kuala Lumpur.

Ahmad Said Buat Hal Kerana Kenduri Kahwin Anak

Pada 14 Mei tahun lepas, beliau membuat sedikit kekecohan dengan menyelar Najib yang enggan memberikan tempoh sedikit untuknya meletakkan jawatan sekurang-kurangnya sehingga selepas majlis kenduri kahwin anaknya.

Majlis resepsi itu difahamkan akan diadakan pada 17 Mei tahun itu.

Ekoran kontroversi itu, Ahmad Said mengambil tindakan keluar dari UMNO.

Difahamkan, beliau ada memohon kepada Najib untuk menangguhkan pertukaran jawatan itu tetapi ditolak atas alasan ia merupakan perkara peribadi.

“Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama lima tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai.

“Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan,” katanya pada ketika itu.

Pada masa itu, ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Kenapa Sekarang Baru Dedahkan?

Persoalan timbul mengapa Ahmad Said menunggu hampir cukup setahun hari yang sama beliau meletakkan jawatan tahun lepas untuk membuat kenyataan soal 1MDB di DUN Terengganu?

Difahamkan, syarikat 1MDB tidak pun melakukan sebarang urusan berkaitan minyak dan gas dalam transaksi perniagaannya.

Pada sidang DUN itu, Ahmad Said menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.

– PRU14.tv


1 comments :

Memng ler 1mdd tak da kaitan bis oil n gas.....Kan dia ckp cagaran.....So Minyak diterngganu dijadikan cagaran utk buat pinjaman atau jalan kan bisness IMDB....Bukannya 1MDB nak buat bis oil n gas....

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.