Wednesday, May 13, 2015

Cuepacs Sokong Kepimpinan Najib

pilihanraya kini     3:43 PM    



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengumumkan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib tanpa rasa prejudis dan berbelah bahagi.

"Kita minta Perdana Menteri untuk meneruskan tugas-tugas beliau dan tidak perlu memikirkan perkara remeh-temeh yang mengganggu fikiran serta tidak memandang kebelakang dan terus maju," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas perhimpunan Hari Pekerja 2015 peringkat negeri di sini, hari ini.

Azih menegaskan bahawa pendirian yang diambil oleh Cuepacs itu merupakan pendirian dan sokongan semua penjawat awam.

"Kita penjawat awam komited bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan pelbagai agenda khususnya untuk membantu golongan rakyat pelbagai lapisan pendapatan termasuk kami penjawat awam," katanya.

Menurutnya, hasrat Cuepacs adalah melihat impian kerajaan menjadikan Wawasan 2020 itu tercapai.

 - Bernama


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.