Tuesday, May 19, 2015

Desakan Letak Jawatan Membelakangi Kehendak Majoriti Anggota UMNO - Najib

pilihanraya kini     10:14 AM    


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.

Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.

"Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap Pada Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi UMNO, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita...orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan UMNO, sayangilah UMNO dan jagalah UMNO," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.

Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.

"Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Kalau Allahyarham merupakan bapa pembangunan negara, bapa pembangunan luar bandar, pencetus kepada DEB (Dasar Ekonomi Baru), melahirkan MARA (Majlis Amanah Rakyat), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BERNAS (Padiberas Nasional Berhad), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan lain.

"Maka saya sebagai anakandanya, berazam untuk bukan saja teruskan perjuangannya tetapi juga membawa negara kita, rakyat Malaysia, orang Melayu, ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini azam saya," katanya.

Najib menegaskan bahawa setiap dasar yang beliau perkenal dan laksanakan tidak lari dan tergelincir daripada prinsip dan perjuangan parti.

Perdana Menteri berkata, walaupun DEB sudah tiada lagi, namun agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera akan terus diangkat menjadi agenda nasional selagi beliau memegang tampuk pemerintahan.

Sebagai contoh, beliau berkata, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang memperuntukkan hampir 48 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

"Siapa kata (kerajaan Barisan Nasional ketika ini) tak ada dasar nak tolong Melayu dan Bumiputera? Bukan sahaja ada malah diperkasakan lagi.

"Dulu tak ada Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), sekarang ada Teraju bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan Bumiputera yang mana kita bermesyuarat pada setiap bulan," katanya.

Selain itu, Najib berkata, beliau telah lama memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera, termasuklah inisiatif meningkatkan martabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu zaman beliau menjadi Menteri Pelajaran (1995-1999) lagi.

"Siapa yang memartabatkan ITM (Institut Teknologi MARA), menjadi sebuah universiti? Bukankah saya sewaktu jadi Menteri Pelajaran dahulu? Siapa yang tetapkan sasaran 200,000 kemasukan pelajar dalam UiTM? Bukankah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?" katanya.

Menyentuh mengenai 'persepsi negatif' masyarakat tentang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata beliau optimis ia mampu diselesaikan menggunakan formula yang bersesuaian.

"(Sekiranya) ada masalah kita betulkan, kita runding bersama secara muafakat untuk cari jalan penyelesaian. Saya yakin tak ada benda tak boleh diselesaikan kerana ada formulanya (tersendiri), termasuk 1MDB pun ada formulanya," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara yang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat, sebagai contoh pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

"TH punya pembelian, baik jadi tak baik. Dipusingkan cerita kononnya duit depositor (pendeposit) beli...melenting bila hanya dengar di hujung telinga dan belum tahu fakta sebenar.

"Tapi bila dah tahu, tepuk dahi, cakap TH (cadang jual semula tanah itu) patut kekalkan, sebab boleh untung RM180 juta lebih," katanya.

Selain itu, Najib turut menyatakan perhargaan terhadap veteran UMNO di bawah pimpinan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebagai pengerusi, yang terus menyokong kepimpinan beliau.

Beliau berkata sokongan daripada seluruh anggota parti termasuk Veteran UMNO bukanlah bermaksud sokongan peribadi tetapi sokongan untuk memastikan parti itu kekal relevan bagi menerajui negara.

-- BERNAMA

3 comments :

Anonymous said...

Kekal relevan tanpa najib..setuju..sb mana2 pun skrg dgr kebencian pd najib..sama sitiuasi zmn pak lah..setiap org yg aku jmp baik org umno apatah lg pembangkg semua rasa tertekan dgn kos sara hidup pasca gst ni..dlm keadaan kos mengkt rakyt tersepit najib blh berbelanja mewah..apapun ckp xguna..tggu lh pru nti..

Anonymous said...

Yeke dpt sokogan? Atau dpat.sogokan

assalamualaikum we.wb,saya. IBU ENDANG WULANDARI Dri jawah timur tapi sekarang merantahu di teiwan bekerja sebagai pembantu ingin mengucapakan banyak terimah kasih kepada KI KANJENG DEMANG atas bantuan AKI. Kini impian saya selama ini semaunya sudah tercapai kenyataan dan berkat bantuan KI KANJENG DEMANG pula yang telah memberikan Angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D. Dan alhamdulillah berasil tembus. Dan rencana saya ingin Mau pulang ke kampung kumpul kembali degang keluarga saya sekali lagi makasih yaa KI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400rb Dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual AKI KANJENG DEMANG saya sudah buka usaha warung makan Dan suami saya peternakan. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, Dan saya ATAS Nama IBU ENDANG WULANDARI sekali lagi saya betul betul sagat berterima kasih kepada AKI Dan saya minta Maaf kalau Nama AKI saya tulis di internet itu semua saya lakukan karna saya Mau ada orang yang meminta bantuan Sama AKI agar seperti saya sudah sukses. Dan membatu orang orang yang kesusaan. bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB / KI KANJENG DEMANG di Nomor INI: 081 / 234 / 666 / 039 / insya allah AKI akan membantu anda karna ramalan KI KANJENG DEMANG memiliki ramalan GAIB yang bagus Dan dijamain tembus

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.