Tuesday, May 19, 2015

Kes Beras Palsu? : Kerajaan Akan Siasat

pilihanraya kini     10:01 AM    


Nampaknya pengguna perlu lebih berhati-hati kerana beras pun sekarang sudah ada yang palsu dan lebih buruk ia dihasilkan menggunakan plastik.

Berita penghasilan beras itu sudah tersebar luas di laman sosial dan aplikasi Whatsapp dan dikatakan ia tersebar di sekitar Taiyuan, wilayah Shannxi, China.

Beras itu dihasilkan menggunakan kentang, kentang manis dan kemudian ditambah dengan resin sintetik yang menyerupai bentuk beras yang sebenar dikatakan mungkin telah tersebar luar daripada China.

Ia dikatakan sudah sampai ke India, Indonesia dan Vietnam dan mungkin sudah berada di negara jiran, Singapura.

Lebih membimbangkan, selepas dimasak ia masih kelihatan seperti beras sebenar.
Menurut Pakar Perubatan, produk beras palsu itu dikatakan boleh membawa maut dan merosakkan sistem penghadaman.

Untuk itu, pihak berkuasa Malaysia sudah memulakan siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata berita tersebut kini viral dan kementerian tidak memandang remeh perkara berkenaan biarpun ia betul ataupun palsu.

“Saya ada mendengar mengenai berita beras palsu atau beras plastik yang dijual murah. Berita itu boleh menjadi benar atau palsu. Kita tidak tahu mengenainya.
“Kami juga belum pasti sama ada beras palsu itu sudah tiba di sini atau tidak tetapi kita tidak akan ambil ringan. Kami akan menjalankan siasatan di seluruh negara, ” kata beliau memetik laporan Mstar Online.

Siasatan akan ditumpukan kepada kedai-kedai runcit di kawasan pinggir bandar dan luar bandar untuk memastikan mereka ada menjual produk berkenaan atau tidak.

“Kami akan menjalankan siasatan tetapi pada masa yang sama, saya ingin merayu kepada pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka menjumpai beras tersebut.

“Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan, “katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.