Thursday, May 14, 2015

Lim Kit Siang Masuk Campur Hal Hudud Di Kelantan. Mengapa?

pilihanraya kini     9:27 AM    


Nampaknya PKR dan DAP betul-betul bertegas tidak mahu menyokong usul Hudud yang dibawa oleh PAS.

Tetapi tindakan membawa penasihat DAP, Lim Kit Siang ke Kelantan untuk bercakap mengenai hudud adalah tidak wajar. Siapa Lim Kit Siang untuk bercakap soal agama Islam?

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah turut mengutuk tindakan berkenaan yang katanya Lim Kit Siang tidak sepatutnya bercakap mengenai hudud pada forum umum di Kelantan kerana ia isu sensitif, lebih-lebih lagi semua pihak tahu dia menentang undang-undang berkenaan.

Mohd Amar juga menegaskan PAS Kelantan tidak terbabit langsung dalam ceramah berkenaan!
“Saya terima aduan mengenai kehadiran Lim di sini dan kebanyakannya mempersoalkan mengenai tindakannya bercakap mengenai hudud,” katanya.
Malah anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh Nik Aziz juga rasa kesal dengan kehadiran Lim Kit Siang di Kelantan untuk bercakap soal hudud.
nik abduh
Pada Isnin lalu, Kit Siang hadir pada satu forum umum di Padang Perdana, Kota Bharu dan beberapa keratan gambar menunjukkan kehadiran Rafizi Ramli dan Mat Sabu.
10407082_445217792326496_7891594009588050592_n 11256403_435430113284142_460083264_n
Dalam ucapannya, Kit Siang menegaskan sama ada dia atau partinya bukannya anti Islam atau menolak hudud, cuma ia tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Tambahnya, lawatannya ke negara Timur Tengah baru-baru ini seperti Jordan dan Mesir mendapati hudud bukan aspek utama dalam mempertahankan kebajikan rakyat.

Kalau ada yang masih lupa, siapa pencetus 13 MEI 1969? Siapa anti Islam? Siapa anti Melayu?
blogger-image-748143042

Ketegangan antara PKR, DAP dan PAS nampaknya makin panas juga apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bertegas untuk tidak menyokong usul hudud dibawa ke Dewan Rakyat.
“Saya fikir kita sudah keluarkan kenyataan sebelum ini, kalau mereka (PAS Kelantan) bawa pun ke parlimen, itu adalah jalan yang sukar untuk mendapatkan status quo,” katanya.
Jalan sukar sudah ditentukan rakan pasukan Pas sendiri. Adakah mereka akan tunduk atau lawan?
-pru14


1 comments :

Anonymous said...

HAI? MAT SABUN (AYAM SABUNG PAS..KAN ADA). ANAK-ANAK MUDA YG LAHIR SELEPAS 13 MAY 1969 MANA TAHU SIKAP/PENMDIRIAN/DASAR DAP. KORANG SOKONGLAH DAP TU...PASTI "SYURGA" MENANTI KORANG. YANG BAWAK LKS KEKELANTAN SIAPA? ORANG UMNO/BN KE? SI RAFIZI (AHLUL FITNAH DAN PEMBOHONG TU) TERSENYUM SAMPAI KETELINGA.BODOH/BAHLUL/BANGANGANG BETUL PUAK-PUAK PAS.....NIK ABDUH SIKIT HARI BUAT U-TURN BESAR LAH TU...TENGOK AJALAH....Parti Anggok Sahaja (PAS)

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.