Thursday, May 14, 2015

MB Teganu Nafi Ucapan Ahmad Said : 1MDB

pilihanraya kini     4:00 AM    





Terengganu Investment Authority (TIA) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tiada sebarang kaitan, nafi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini.

“Sebenanya TIA tiada apa-apa kaitan dengan 1MDB kerana seperti yang dijelaskan oleh Dato’ Seri Ahmad Said bahawa peringkat awal memang kita hendak buat pelaburan di atas TIA dan tidak timbul apa-apapun dan 1MDB pun tiada lagi pada masa itu. 

“Jadi TIA ditubuhkan semata-mata untuk kita buat pilihan lain kerana kita sedia maklum bahawa hasil petroleum kita yang 90 peratus menyumbang pendapatan kepada kita tidak selama-lamanya dapat dipertahankan. 

Tengok pada tahun ini sahaja kita sudah kekurangan (pendapatan),” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Razif diminta mengulas dakwaan Dato’ Seri Ahmad Said bahawa 1MDB yang dikatakan asalnya TIA dan menarik diri apabila terdapat cubaan mencagarkan hasil minyak dan gas di perairan Terengganu. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) membuat keputusan menubuhkan TIA dengan modal pelaburan ketika itu RM1 juta. 

Bagaimanapun, selepas EXCO ketika itu merasakan ketidakmampuan untuk mengurus dan tidak mahu ada risiko maka mereka membuat keputusan bersama untuk menarik baliknya dan mendapat semula RM1 juta itu.

“Maka dapat kembalilah semula RM1 juta itu, maka tidak ada apa-apa kaitan TIA dengan apa-apa (1MDB). Kerana TIA semasa itu sudah ditutup, habis cerita. “Kita menarik balik kerana tidak mahu ada risiko dan juga ketidakmampuan kerajaan negeri menguruskannya walaupun kita tengok ada pulangan yang baik sebenarnya, tetapi kita merasakan belum sampai masanya ketika itu.

“Jadi kita mengambil keputusan persetujuan bersama, keputusan bersama, bukan keputusan individu, keputusan kita memilih TIA pun adalah cara bersama dan menarik balik pun cara bersama. Maka tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Tambah beliau, apa yang didakwa oleh mantan Menteri Besar di luar pengetahuannya dan beliau bersedia untuk sesiapa sahaja tampil bagi membuat laporan dan bertindak mengikut saluran yang betul jika terdapat kesalahan dalam isu (TIA) itu. 

Apatah lagi katanya, Terengganu sendiri menggunakan konsep integriti serta mewujudkan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) sebagai saluran terbaik untuk menghasilkan perkhidmatan yang telus, berintegriti dan bebas dari unsur rasuah di kalangan penjawat awam dan kepimpinan negeri.

Ketika ditanya mengenai cagaran minyak yang didakwa Ahmad Said, beliau menjelaskan bahawa jika terdapat cagaran, pastinya barisan EXCO pada ketika itu tidak akan bersetuju kerana keputusan berkenaan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. 

“Pada masa itu kita sendiri tidak begitu jelas sebenarnya, setelah kita melihat dan setelah kita kaji walaupu pada peringkat awal penerangan yang kita terima pelaburan ini memberi satu hasil dan kepakaran yang ada dengan EXCO serta pegawai yang memberi nasihat kepada kita, pada masa itu kita merasakan keputusan yang kita buat tepat.

“Ia bukan soal cagaran, ia soal pelaburan atas kitalah sekarang, kalau betul hari ini kita mencagar hari ini tiadalah semua, sedangkan kita hanya memberi RM1 juta sahaja sebagai tanda jadi, maka tidak jadi pulang baliklah,” katanya

-teganukita

2 comments :

Anonymous said...

Apa masalah dengan bekas MB tenggannu ni???

Bukak cerita mengarut

Macam siram minyak dalam api

Mengelirukan rakyat

INilah masalah org melayu.
Pendendam, khianat dan tak pernah redho dgn apa yg berlaku...

Anonymous said...

biasalah..bila dah hilang jawatan mulalah meroyan..akhirnya masuk pas or pkr dan membusukan umno...mmg ramai pemimpin umno yg perangai camtu...tak kiralah dari peringkat umno pusat sampailah bahagian dan cawangan..sama jer..berjuang utk tembolok sendir

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.