Tuesday, May 26, 2015

Najib Arahkan Arul Dan Shahrol Jangan Hadir Inkuiri PAC Kata Rafizi : Adakah Rafizi Fitnah Lagi?

pilihanraya kini     10:35 AM    


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli nampaknya terus bermain tuduhan melulu dan tohmahan liar apabila mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fitnah.

Beliau mendakwa Najib mengarahkan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi supaya tidak hadir dalam inkuiri Jawatankuasa Kira-KiraWANG Negara (PAC).

Arul Kanda Kandsamy
Arul Kanda Kandsamy

Rafizi berkata tindakan mereka tidak menghadiri inkuiri itu menunjukkan mereka sebagai individu tidak bertanggungjawab.

“Bagi saya, enggan berdepan PAC jelas menunjukkan mereka tidak layak berada di sana.
“Malang sebelum ini mereka tidak menjelaskan fakta tetapi sekarang keengganan menghadiri mesyuarat PAC – merupakan penghinaan dan mereka perlu dipecat segera,” katanya.

Beliau berkata tindakan Najib itu dilakukan kerana mahu mengelak lebih ramai nama akan dipanggil.

“Najib tidak mahu mereka datang kerana sekali dipanggil PAC, mereka bimbang mereka tidak dapat menjawab soalan dan lebih ramai yang akan dipanggil. Sebab itu Najib mengambil risiko ini tidak membenarkan mereka datang walaupun rakyat kian marah,” katanya.

Sesedap mulut Rafizi menabur fitnah seakan-akan perkara melibatkan 1MDB satu perkara remah yang boleh diperlakukan apa sahaja. Kedua-dua individu itu bagaimanapun memberi komitmen akan hadir pada mesyuarat itu yang akan ditentukan kemudian kerana ada tugasan di luar negara.

“Sepertimana disahkan oleh Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed, tarikh bagi kehadiran kami sedang disusun kerana tarikh asal bertindih dengan tugas di luar negara yang telah pun disediakan lebih awal.

“Kedua-dua mereka, begitu bersedia untuk hadir di depan PAC dan mengambil peluang menjelaskan kedudukan sebenar 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Hari ini, Nur Jazlan berkata kedua-dua sudah memohon untuk ditangguhkan mesyuarat berkenaan yang dijadualkan esok.Shahrol merupakan CEO dari Februari 2009 hingga Mac 2013 manakala Arul hanya dilantik pada Januari tahun ini.

Kedua-duanya merupakan saksi utama dalam inkuiri PAC ke atas syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan itu yang sudah pun mempunyai hutang RM42 bilion dalam hanya enam tahun operasi.

Pastinya Najib tidak akan memandang ringan perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi di atas fitnahnya mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebegitu rupa.

– PRU14.tv

3 comments :

Anonymous said...

time cmnila nk g luar negara ye tak? Masalah dlm negara pun x selesai... xke macam ada x kena.. mcm kes liwat anwar, kasi tangguh.

Pandangan saya....mereka berdua patut tangguhkan urusan luar negara.Hadapi dan selesaikan urusan ini dulu.Urusan yg semakin panas.

Minta tangguh dan diberi penangguhan akan memberikan persepktif lagi negatif.

assalamualaikum we.wb,saya. IBU ENDANG WULANDARI Dri jawah timur tapi sekarang merantahu di teiwan bekerja sebagai pembantu ingin mengucapakan banyak terimah kasih kepada KI KANJENG DEMANG atas bantuan AKI. Kini impian saya selama ini semaunya sudah tercapai kenyataan dan berkat bantuan KI KANJENG DEMANG pula yang telah memberikan Angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D. Dan alhamdulillah berasil tembus. Dan rencana saya ingin Mau pulang ke kampung kumpul kembali degang keluarga saya sekali lagi makasih yaa KI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400rb Dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual AKI KANJENG DEMANG saya sudah buka usaha warung makan Dan suami saya peternakan. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, Dan saya ATAS Nama IBU ENDANG WULANDARI sekali lagi saya betul betul sagat berterima kasih kepada AKI Dan saya minta Maaf kalau Nama AKI saya tulis di internet itu semua saya lakukan karna saya Mau ada orang yang meminta bantuan Sama AKI agar seperti saya sudah sukses. Dan membatu orang orang yang kesusaan. bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB / KI KANJENG DEMANG di Nomor INI: 081 / 234 / 666 / 039 / insya allah AKI akan membantu anda karna ramalan KI KANJENG DEMANG memiliki ramalan GAIB yang bagus Dan dijamain tembus

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.