Monday, May 18, 2015

Parti Perikatan Bangsa Malaysia Pula Dilancarkan

pilihanraya kini     9:39 AM    


Wadah politik baru, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) muncul pula bermatlamatkan untuk mewakili setiap bangsa di Malaysia mencapai perpaduan secara adil dan saksama.

Parti gerakan baru itu juga dilancarkan oleh ekas menteri penerangan yang juga bekas pemimpin Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia bersatu padu, adil dan saksama.
“Kita bukan pro Barisan Nasional (BN) dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong perkara yang baik untuk negara ini.
“Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas,” katanya.
Jelasnya buat masa ini, parti itu tidak memikirkan untuk bertanding untuk pilihan raya yang akan datang.

Ikatan juga katanya bukan sebuah parti yang bersekutu dengan pemerintah atau pembangkang.
IKATAN-

Sebaliknya berpaksikan amanat pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Sambanthan dan pemimpin-pemimpin lain yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Abdul Kadir juga mensasarkan keahlian seramai 500,000 hingga sejuta ahli dalam tempoh setahun dan yakin menjadi parti terbesar dalam tempoh lima tahun.

Barisan pimpinan parti itu dari seluruh negeri akan diperkenalkan pada 16 September depan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.