Friday, May 1, 2015

Penduduk Kajang Kata Lain, Wan Azizah Kata Lain, Mana Satu Betul? #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     4:29 PM    


Semalam dilaporkan puluhan penduduk Taman Delima, Kajang berkumpul dan mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tidak muncul apabila kawasannya di Kajang dilanda musibah.

Selasa lepas,60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin ketika ribut manakala Kampung Sungai Kantan juga dilanda banjir semalam
.

Tetapi lain pula ceritanya bila disoal kepada Wan Azizah sendiri. Katanya semua sudah ditangani oleh wakilnya di kawasan itu
“Ehh…mana ada (masalah), semua selesai  dah. Kita dah lama turun buat kerja.
“Tak…tak dak, tak ada masalah. Semua OK. Tak ada isu dah,” katanya memetik Mstar Online
Kalau semua selesai, takkan masih ada yang bersuara tentang isu banjir?
Takkan Kajang masih banjir?

Lagipun, takkan hantar wakil sahaja, Wan Azizah sebagai Adun di kawasan itu sendiri perlu turun padang. Baru mesra rakyat katanya.

- pru14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.