Wednesday, May 6, 2015

#PRKPermatangPauh : Awas!! Taktik PKR Akan Tahan Bas Konon Bawa Pengundi Hantu

pilihanraya kini     1:21 AM    


PIHAK berkuasa yang ditugaskan di Permatang Pauh nampaknya perlu berhati-hati dengan taktik kotor yang bakal digunakan PKR pada kebanyakan Pilihan Raya di pelbagai kawasan sebelum ini.

Modus operandinya ialah menahan kenderaan pengundi untuk ke pusat mengundi pada hari mengundi.

Pada hari berkenaan, entah dari mana akan datang beberapa kumpulan akan menghalang bas dan kereta kononnya mengangkut pengundi hantu yang kononnya dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan bas atau kenderaan itu akan disekat selama beberapa jam.

BACA – PRK Pengkalan Kubor : PAS Menipu Isu Pengundi Hantu 

Biasanya, pengundi berkenaan akan gagal tiba di pusat mengundi seterusnya akan menyumbang kepada kekalahan BN.

Semalam, sudah pun berlaku taktik biasa yang digunakan PKR jika mereka sudah terasa mahu kalah iaitu mewujudkan insiden pergaduhan dengan penyokong parti lawan.

Kejadian 29 Mei 2009 dan 25 April 2010

Pada hari itu, PKR dikatakan sudah bersedia menahan bas yang disyaki membawa pengudi keluar dari kawasan Penanti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada tahun itu.

Pada masa itu, kenyataan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang membuat tuduhan wujud cubaan membawa keluar pengundi untuk mengurangkan peratusan undi.

“Saya nak beri amaran kepada pemimpin UMNO di kawasan ini (Penanti) kerana hasil risikan kita, ada cubaan nak bawa pengundi keluar dari Penanti pada 31 Mei ini dengan pelbagai alasan.
“Kemungkinan kita akan ambil tindakan termasuk menahan bas yang membawa keluar pengundi. Kalau nak keluar, mereka kena mengundi terlebih dahulu,” katanya ketika itu.

Pada 25 April 2010 pula, AMK dikatakan telah menahan 10 buah bas yang tuduh membawa pengundi hantu pada PRK Parlimen Hulu Selangor ketika itu juga didalangi oleh Shamsul Iskandar.
Pada PRK Permatang Pauh kali ini, Shamsul Iskandar masih lagi aktif dan cukup kuat menentang BN dan tidak mustahil ia boleh berlaku pada hari mengundi pada Khamis depan.

Yakin Dengan Polis

Pihak polis pastinya akan mengeluarkan kenyataan berkaitan keadaan dan situasi pada hari mengundi dan mengeluarkan nasihat kepada pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab pada hari berkenaan.

Tambahan pula, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah mengisytiharkan cuti umum pada hari tersebut untuk para pengundi keluar dan membuat pilihan.

Dengan cuti itu juga, PKR mampu mengupah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perkara berkenaan sekaligus mengganggu perjalanan BN untuk merampas kerusi Permatang Pauh daripada mereka.

PKR Terima Tamparan Hebat

Pada PRK Permatang Pauh, P044 ini, PKR sudah menerima beberapa tamparan khasnya apabila Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen mereka ekoran kenyataan AMK yang menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam soal Hudud.

PAS juga enggan menerima calon PKR iaitu Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah yang dikatakan sebagai calon guna semula selepas asyik bertukar pencalonan dengan suaminya iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BN berpeluang cerah menang dan buat pertama kalinya selepas 33 tahun, pengundi Permatang Pauh akan dapat menikmati pembangunan dan kepimpinan lebih baik di bawah wakil rakyat Suhaimi Sabudin.

5Mei15PosterPP_1
Oleh itu, diharapkan pihak berkuasa sudah bersedia untuk taktik kotor ini yang berkemungkinan tinggi akan dilakukan oleh PKR kerana mereka sudah pun mengadakan sidang media menyatakan perkara berkaitan pengundi hantu.

Perkara itu dinyatakan PKR dalam satu sidang media di Yayasan Aman, Permatang Pauh hari ini.
PRK Permatang Pauh merupakan gelanggang untuk empat calon iaitu Suhaimi (BN), Dr Wan Azizah (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

 PRU14.tv
5Mei15Poster_2

1 comments :

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.