Tuesday, May 5, 2015

#PRKPermatangPauh : BN Pulau Pinang Nafi Jentera Parti Sogok Pengundi

pilihanraya kini     9:00 AM    


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menafikan dakwaan kononnya jentera parti itu menyogok pengundi ketika berkempen rumah ke rumah pada waktu malam.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata jentera BN memang berkunjung ke rumah pengundi pada waktu malam, tetapi bukan menyogok mereka.

Katanya, dakwaan bahawa BN menyogok pengundi adalah tidak betul kerana sepanjang pertemuan, petugas hanya bersembang dan bertanya khabar.

“Pihak lawan tergugat apabila lihat jentera BN kerja siang malam, mereka tuduh kata kita beri rasuah.

“Memang jentera ada pergi ke rumah penduduk waktu malam. Itu pun kerana penduduk bekerja pada waktu siang dan kita tamatkan semua sebelum jam 10 malam kerana faham orang mahu berehat,” katanya pada sidang media Pusat Operasi BN di sini.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, kononnya BN memberi rasuah ketika berkempen dari rumah ke rumah pada waktu malam.

Rafizi membuat dakwaan itu ketika berceramah di sini, malam kelmarin. Dalam sidang media di Penanti, semalam, Rafizi mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kempen jentera BN dari rumah ke rumah selepas jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

“Kita bimbang kempen ini membawa unsur yang tidak sihat seperti pemberian duit untuk mendapatkan undi dan sebagainya kerana dijalankan selepas jam 10 malam ke atas. Kita minta SPR menyiasatnya,” katanya.

1 comments :

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.